CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 300|Reply: 1

[Kedah] Mengail puyu bukan tanda rakyat Kedah miskin

[Copy link]
Post time 21-3-2022 05:08 PM | Show all posts |Read mode
Alor Setar: Rakyat Kedah memancing ikan puyu tidak boleh dianggap sebagai tanda mereka hidup dalam kemiskinan kerana kegiatan itu dilakukan lebih kepada hobi.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, memancing ikan kerap dilakukan di kawasan tali air dan sawah sejak dari dahulu lagi kerana ia menjadi kegemaran ramai terutama penduduk kampung.

"Mengail ikan puyu bukan perkara baharu di Kedah, malah sejak kecil saya bersama ibu dan ayah kerap mengail ikan puyu untuk dimakan, walaupun ada lauk lain seperti ikan laut dan udang di rumah kerana ini adalah hobi kami.

"Ikan puyu juga tidak ada dijual di pasar, jadi hendak makan kena mengail di parit. Jadi ia bukan tanda rakyat hidup miskin sangat, ini aktiviti orang kampung. Saya juga masih memukat ikan, bukan sebab tak ada duit beli ikan, tetapi sebab saya minat.

"Jitra (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) mungkin tidak pernah mengail ikan sebab lahir dalam keluarga senang, kami beranak dalam kebun getah dan jelapang padi sebab itu kami mengail," katanya ketika perbahasan usul menjunjung kasih Titah Ucapan Tuanku Sultan Kedah pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Mukhriz (Jitra-PEJUANG) mengenai tindakan penduduk yang terpaksa mengail ikan puyu untuk dimakan akibat kesempitan hidup di sebalik pengumuman kerajaan negeri mengenai pelaburan masuk berjumlah RM68.3 bilion ke Kedah.

Sanusi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri berkata, tidak semua pelaburan masuk akan memberi impak segera kepada rakyat berikutan ada projek tertentu memerlukan tempoh sebelum dapat dilaksanakan sepenuhnya.

"Sebagai contoh syarikat AT&S ketika ini baharu menghantar 400 pekerja ke China bagi menjalani latihan dan di tapak kilangnya di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) terdapat 5,000 pekerja sedang melakukan kerja pembinaan.

"Ini kesan segera yang dapat dirasai kerana kerja pembinaan itu membuka peluang kepada pekerja tempatan dan asing selain memberi peluang perniagaan kepada pembekal bahan binaan dan penyediaan makanan," katanya.

Beliau menjelaskan, AT&S yang berpangkalan di Austria terbabit dalam kegiatan penghasilan papan litar bercetak (PCB) berteknologi tinggi, membuat pelaburan RM10.5 bilion di Kedah bagi membina kilang pertamanya di rantau ini.

Mengulas lanjut, Sanusi memaklumkan, dua lagi pelaburan mega berjumlah lebih RM1.8 bilion yang diluluskan pada 2020 adalah bagi pembinaan kilang Yuhua Paper Industy yang masih dalam pembinaan dan Aspen Glove yang sudah beroperasi.

"Selain itu, terdapat tiga lagi pelaburan mega berjumlah RM55 bilion iaitu membabitkan Risen Solar Technology Sdn Bhd, Austria Technologies & Systemtechnik (AT&S) dan Menicon Malaysia Sdn Bhd," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2022 08:33 PM | Show all posts
btul sungguh x tipu ehhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:52 PM GMT+8 , Processed in 0.070334 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list