CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 312|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan negeri tiada kuasa bincang dengan Filipina

[Copy link]
Post time 21-3-2022 05:08 PM | Show all posts |Read mode


KOTA KINABALU: Kerajaan negeri tiada kuasa untuk berbincang dengan Filipina berkaitan dengan tuntutan tidak berasas terhadap Sabah.

Ketua Pembangkang, Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, semasa menjadi Ketua Menteri sebelum ini, beliau juga tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan rundingan itu.

"Yang ada kuasa adalah kerajaan persekutuan, dulu ada kes yang sama iaitu Indonesia ingin menuntut Pulau Ligitan.

"Kerajaan Pusat juga yang membawa perkara itu ke Mahkamah Antarabangsa dan Malaysia menang dalam kes berkenaan," katanya dalam sidang media di sini selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.

Beliau berkata, tidak akan melayan pihak-pihak yang cuba mengaitkan beliau dengan perkara itu.

"Mereka seolah-seolah mahu saya yang mengeluarkan kenyataan berkenaan atau 'Putting words into my mouth'.

"Sudah saya jelaskan sebelum ini kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan itu," katanya.

Katanya, apa yang cuba dijelaskan beliau adalah berkaitan dengan keselamatan Pantai Timur Sabah dan secara kebetulan berhubung kait dengan negara jiran iaitu Filipina.

Menurutnya, kerajaan perlu meningkatkan keupayaan keselamatan di sempadan negara khususnya di Sabah dan jangan hanya mempolitikan perkara yang tidak mendatangkan penyelesaian secara tuntas.

"Jenayah rentas sempadan bukan dilakukan oleh penjenayah dari Indonesia atau Hong Kong, tetapi Filipina," katanya.

Sementara itu, Shafie juga mencadangkan agar kerajaan negeri hari ini perlu menggazetkan tanah perkampungan di Tawau untuk menyelesaikan masalah setinggan yang sering kali berhadapan dengan bencana kebakaran.

Katanya, kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk melaksanakan perkara itu. Pemberian bantuan kepada mangsa kebakaran hanya meringankan bebanan tetapi bukan penyelesaian tuntas kepada mereka.

"Kerajaan wajib bantu rakyat menyelesaikan perkara ini, gazetkan tanah perkampungan untuk mereka mendirikan rumah secara teratur dan terancang," katanya.
oleh
Yap Siong Han

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.082044 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list