CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 321|Reply: 0

[Kedah] Cadang tubuh perbadanan kemajuan rancakkan pertanian Kedah

[Copy link]
Post time 21-3-2022 04:41 PM | Show all posts |Read mode

Phahrolrazi

ALOR SETAR - Pembangkang mencadangkan kerajaan negeri menubuhkan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kedah bagi merancakkan lagi sektor pertanian negeri ini.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berpandangan, sektor pertanian di negeri ini kurang berkembang walaupun Kedah merupakan negeri pertanian.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu berkata, pelbagai usaha diambil bagi meningkatkan sektor pertanian namun ia dikhuatiri tidak menunjukkan perubahan.

"Kita seolah-olah mundur ke belakang dalam isu pertanian. Kita tidak maju ke hadapan walaupun macam-macam program dan perancangan dilaksanakan.

"Hasil padi pertanian juga. Sudahlah kawasan padi makin kurang kerana dibuat perumahan, projek dan sebagainya. Kita pun tak boleh nak kawal disebabkan rumah orang nak duduk, namun hasil per hektar tidak meningkat," katanya.

Phahrolrazi berkata demikian ketika membahaskan titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman di sini pada Isnin.

Phahrolrazi memberitahu, negara-negara lain telah lama mencatatkan hasil pengeluaran padi sehingga 10 tan metrik ke atas.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya diwujudkan satu Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kedah seperti mana di Perak dan Selangor.


"Sebenarnya di Perak sudah ada lebih 20 tahun. Di Selangor juga sudah ada perbadanan ini tetapi kita tidak ada," katanya.

Beliau berkata, Kedah mampu menerima manfaat daripada penubuhan Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kedah termasuklah peruntukan kewangan daripada kerajaan Persekutuan.

"Kita akan gunakan ini sebagai satu platform seperti dikatakan ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah membuat satu model baharu pertanian.

"Usaha berkenaan boleh dilakukan bersama-sama dengan pihak yang lain secara ladang besar-besaran barulah boleh melaksanakan bidang penternakan dan estet padi secara besar-besaran dan sebagainya," katanya.

Phahrolrazi berkata, tiada keupayaan tidak seharusnya dijadikan alasan tidak melaksanakan penubuhan perbadanan baharu itu.

"Jangan kata kita tidak ada keupayaan kerana Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) salah satu perbadanan yang berjaya. Kita tidak boleh kata buat pun mungkin payah nak berjaya kerana telah terbukti PKNK merupakan perbadanan yang dilihat saya berjaya," katanya.

Beliau mendapati PKNK yang ditubuhkan puluhan tahun lepas kini telah memiliki aset mencecah billion ringgit.

Beliau melahirkan kerisauan Kedah akan ketinggalan dalam sektor pertanian berbanding negara jiran iaitu Thailand dan Indonesia sekiranya tidak melakukan perubahan dan mengambil tindakan segera.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... kan-pertanian-Kedah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:58 PM GMT+8 , Processed in 0.079257 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list