CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1400|Reply: 16

[Jenayah] Kecuaian. Tinggal barang kemas RM20K bawah seat kereta. Sudahnya kena rembat.

[Copy link]
Post time 21-3-2022 02:24 PM | Show all posts |Read mode



Dungun: "Saya terkejut melihat cermin kereta bertaburan di tempat duduk penumpang depan sebelum mendapati beg tangan diletakkan di bawah kerusi hilang," kata Sapiah Omar, yang kerugian RM20,000 selepas kenderaannya itu dipecah penjenayah, petang semalam.
Dalam kejadian di Jalan Pak Dagang, di sini, beg tangan yang mengandungi barangan kemas dan wang tunai RM200 milik mangsa disedari hilang pada 6 petang.
Sapiah, 53, berkata, sebelum kejadian, dia meletakkan keretanya di situ pada 10 pagi sebelum meletakkan beg tangan mengandungi barangan kemas dan wang tunai di bawah tempat duduk penumpang depan.
Katanya, selepas itu, dia masuk ke tempat kerja di sebuah pasar raya yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.
"Ketika waktu rehat tengah hari untuk pulang ke rumah, saya dapati kereta itu terhalang dengan kenderaan pelanggan pasar raya yang turut dipakir di kawasan itu.
"Saya menghubungi anak perempuan yang datang mengambil saya dengan motosikal untuk pulang ke rumah dan terlupa untuk mengambil beg tangan di dalam kereta.
"Saya masuk kerja semula pada 2 petang dan sempat melihat kereta dari sebelah kanan dan semuanya seperti biasa," katanya.
Sapiah berkata, ketika mahu masuk ke dalam kereta untuk pulang ke rumah pada 6 petang, itu barulah dia menyedari cermin sebelah kiri keretanya pecah manakala beg tangannya hilang.
Menurutnya, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun pada 7. 30 malam tadi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak meninggalkan barangan berharga di dalam kenderaan bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Sumber : Harian Metro


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2022 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm perbuatan org yg dah tau je. Pelik kenapa kereta dia je kena target. Silap2 yg 1 tempat keje dalangnya
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2022 02:31 PM | Show all posts
Kesian lah sikit sebab walau pun cuai dia ada effort nak letak kat bawah seat tapi ya ka bawah seat?

Kalau rezeki ko kuat, ada lah CCTV atau dashcam mana2 yang ter-rakam kejadian tapi jgn harap sangat lah.



Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2022 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
20k tu maybe cuma seurat rantai je pun.. takde la byk sgt huhuhuhu..  sorok bawah seat? Kot orang buleh nampak lagi.. cer sorok bawah karpet kereta..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2022 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bawah seat sepatutnya tak nampak lah. Maybe ada org dah lama perhatikan dia kot.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2022 02:42 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 21-3-2022 02:31 PM
Kesian lah sikit sebab walau pun cuai dia ada effort nak letak kat bawah seat tapi ya ka bawah seat? ...

Memang dah jadi lumrah acik2 letak purse la, bag la bawah seat. Cuma iolls rasa kali ni sheolls kena mesti ada orang dah lama perhatikan.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2022 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Org pompuan kluar kereta lenggang kangkung tak pegang beg. Yg memerhati tu mesti syak dia tinggal beg dlm kereta
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2022 02:48 PM | Show all posts
Pasti orang tu dah selalu perhatika gerak gerinya tiap hari sampai dia boleh tahu kat mana disorokan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2022 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Org dah tau la ko jalan lengang2 kankong masuk kerja takde bawak apa2. Mmg bawah seat org pun boleh agak la wey. Lain kali buh celah tek!
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2022 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini musti sumpahang ikang tongkol asdang ganu darul runtuh memang kepelekkang tangpa batasang, ustakkk mung tunggung akung datanggg, mung ni pung, mung pahang dokgi? Guaner nim?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2022 03:04 PM | Show all posts
dah kenapa kalau tak nak pakai dibawa kemana-mana barang kemasnnya?
tinggalkan je la kat rumah..
jangan ada plot twist sudah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2022 03:07 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 21-3-2022 03:04 PM
dah kenapa kalau tak nak pakai dibawa kemana-mana barang kemasnnya?
tinggalkan je la kat rumah..
jan ...

Agaknya takut letak dekat rumah pon kena sapu.

Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2022 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 21-3-2022 02:34 PM
20k tu maybe cuma seurat rantai je pun.. takde la byk sgt huhuhuhu..  sorok bawah seat? Kot orang bu ...

Yer maybe dia tanggal gelang dia kejap lepas kenduri. Gelang dia je dah rm20K. Macam iols tanggal gelang dan rantai emas total maybe 10k. Terbawa plak beg yg iols simpan emas tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2022 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm pelik je handbag boleh lupa nak bawak..
Bag laptop boleh la percaya..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2022 04:53 PM | Show all posts
takpe kak..adalah rezeki lain nti..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2022 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada yg follow ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2022 05:40 PM | Show all posts
adoila nak sorok pon...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 02:35 AM GMT+8 , Processed in 0.083794 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list