CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 297|Reply: 0

[Kedah] Empat maut termasuk seorang rentung

[Copy link]
Post time 21-3-2022 11:58 AM | Show all posts |Read mode

BOMBA memadam kebakaran di salah satu kenderaan itu. FOTO Ihsan Bomba

Pendang: Empat individu meninggal dunia, termasuk seorang daripadanya ditemukan rentung, selepas dua kereta terbabit kemalangan di Kilometer 58.2 Lebuhraya Utara Selatan, dekat sini, hari ini.

Kemalangan 2 pagi itu menyebabkan Nissan Almera musnah 90 peratus terbakar, manakala Proton Wira pula dilaporkan terbalik, namun tidak terbakar.

Setakat ini, tiga mangsa maut di dalam Proton Wira yang terdiri daripada dua lelaki berusia 26 dan 49 tahun, manakala seorang lagi adalah wanita berusia 52 tahun.

Identiti mangsa yang ditemukan rentung di dalam Nissan Almera itu, masih belum diketahui.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Kedah menerima laporan berhubung kebakaran kereta terbabit pada 2.22 pagi.

Beliau berkata, operasi disertai pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Mohd Ezzat Ezzani Emran dan dibantu pasukan dari BBP Jalan Raja serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Tanah Merah.

Katanya, kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada 2.56 pagi.

"Mangsa pertama iaitu pemandu Proton Wira berjaya dikeluarkan pada 4.07 pagi dan disusuli mangsa kedua. jam 4.28 pagi.

"Mangsa ketiga berjaya dikeluarkan jam 5.43 pagi, manakala mangsa yang rentung berjaya dikeluarkan oleh anggota penyelamat, sebelum kesemua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sayani berkata, berdasarkan penilaian awal, mangsa yang rentung dipercayai lelaki, namun identitinya belum diperolehi setakat ini.

Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.05 pagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.052937 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list