CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 340|Reply: 0

[Kedah] Pemulihan industri pelancongan perlu diutamakan: Sultan Sallehuddin

[Copy link]
Post time 20-3-2022 05:00 PM | Show all posts |Read mode

Pusat pelancongan Langkawi - Foto 123rf

ALOR SETAR - Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berharap agar kerajaan negeri dapat memberi keutamaan kepada pemulihan industri pelancongan yang terkesan akibat Covid-19.

Titah baginda, sektor pelancongan merupakan antara sektor yang paling terkesan akibat penularan pandemik Covid-19.

"Penutupan pintu sempadan dan sekatan perjalanan telah memberi impak yang ketara dalam sektor ini.

"Kedatangan pelancong ke negeri Kedah pada tahun 2021 telah menunjukkan penurunan sebanyak 71.5 peratus berbanding tahun 2020," titah Sultan Sallehuddin.

Baginda bertitah sedemikian sempena Istiadat Perasmian Pembukaan Sidang DUN Kedah Ke-14 di Istana Anak Bukit, di sini, yang berlangsung secara dalam talian menerusi Facebook pada Ahad.

Sehubungan itu, baginda bertitah, pemulihan industri pelancongan dan memajukan sektor pelancongan domestik ke seluruh negeri Kedah diutamakan bagi mengekalkan kemampanan industri tersebut.

Sultan Sallehuddin turut bertitah bahawa baginda amat prihatin dengan nasib rakyat yang telah terkesan ekoran daripada pelaksanaan pelbagai langkah tertentu oleh kerajaan negeri dalam usaha untuk membendung Covid-19.

"Justeru, beta menyeru kepada ahli-ahli Yang Berhormat (YB) dan semua agensi kerajaan yang berkaitan supaya lebih proaktif dalam menyelami isu-isu rakyat dari dekat dan memantau pencapaian program-program yang telah dilaksanakan," katanya.


Titah baginda lagi, kerajaan negeri juga hendaklah memberi tumpuan dalam penyediaan dan menaiktaraf pembangunan infrastruktur perkhidmatan jalur lebar bagi memperkasa pembentukan ekosistem ekonomi digital yang lebih baik ke seluruh daerah di negeri Kedah.

"Mendepani cabaran era digital ini, penggunaan teknologi dan digital perlu digalakkan bagi memastikan semua pihak bersedia dan berdaya saing," titah baginda.

Sultan Sallehuddin bertitah, usaha ini kelak bakal mendorong transformasi sistem penyampaian kerajaan, membantu pertumbuhan ekonomi serta meningkat keupayaan perniagaan perusahaan kecil dan sederhana.

Baginda bertitah, sektor pertanian memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan jaminan bekalan makanan serta meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri ini.

Sehubungan itu,baginda menyarankan semua pihak termasuk kerajaan dan swasta perlu mengambil inisiatif untuk menerokai peluang memodenkan sektor pertanian sebagai usaha untuk meningkatkan produktiviti dan membangunkan sektor ini secara lestari.

"Antara inisiatif kerajaan negeri melalui pelaksanaan projek Estet Padi Zon Pembangunan Ekonomi Ummah oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), yang mana pada peringkat permulaan, golongan asnaf yang terpilih dapat mengusahakan pertanian tanaman padi dengan keluasan hampir 28 hektar di daerah Yan.

"Selain itu, Program Smart Sawah Berskala Besar juga adalah inisiatif kerajaan yang disambut baik oleh rakyat di kalangan pesawah, yang ana mereka dapat menjana pulangan hasil yang lebih menguntungkan," jelas baginda.

Sultan Sallehuddin berharap dengan pelaksanaan pelbagai inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan serta ditambah baik agar lebih realistik dan bertepatan dengan mendasari Pelan Pembangunan Kedah 2035.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -Sultan-Sallehuddin
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.504225 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list