CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 287|Reply: 0

[Kedah] Kedah sasar pelaburan RM10 bilion setahun

[Copy link]
Post time 20-3-2022 04:58 PM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR - Kedah menjangkakan mampu membantu mengekalkan sasaran pelaburan RM10 bilion setahun di bawah Pelan Pembangunan Kedah 2035 melalui pembangunan Fasa 4A dan 5 Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP).

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri menyasarkan kemasukan pelaburan sebanyak RM10 bilion setahun, namun berjaya mencapai nilai pelaburan RM68.3 bilion pada tahun lepas.

"Kita telah mencapai nilai pelaburan RM68.3 bilion pada tahun lalu yang tentunya mengejutkan semua pihak termasuklah kerajaan negeri sendiri.

"Kita berharap trend atau kemasukan itu dapat dikekalkan. Namun mungkin tidak boleh capai RM60 bilion ke atas tetapi sasaran RM10 bilion setahun diharap dapat dicapai," katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika sidang media selepas Istiadat Perasmian Pembukaan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah ke-14 yang disempurnakan perasmiannya oleh Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah pada Ahad.

Sehubungan itu, Muhammad Sanusi memaklumkan, beberapa langkah diambil termasuklah penyediaan dua fasa baharu KHTP iaitu Fasa 4A dan 5, yang mana ada pihak menyatakan minat melabur.

"Kedua-dua Fasa 4A dan 5 ini sudah pun ada yang menyatakan minat untuk masuk dan Kulim Technology Park Corporation (KTPC) sedang berunding dengan beberapa pelabur.

"Bukan sahaja pelabur baharu tetapi pelabur sedia ada juga minat ingin memperluaskan kawasan industri mereka.


"Saya yakin angka pelaburan sebanyak RM10 bilion pada 2022 dan tahun-tahun berikutnya bukanlah sesuatu mustahil dicapai dengan pembukaan fasa baharu ini," katanya.

Dalam perkembangan sama, katanya, kerajaan negeri juga dalam perancangan membuka satu lagi kawasan industri baharu di Gurun.

Menurut beliau, Kedah Invest kini sedang meneliti cadangan daripada pihak swasta untuk membuka kawasan baharu melibatkan tanah seluas lebih 400 hektar.

"Insya-ALLAH, kita doakan supaya perkara-perkara ini dapat direalisasikan. Kita akan berubah dengan bukan lagi bergelar negeri pertanian semata-mata sebagai pengeluar makanan tetapi Kedah akan muncul sebagai negeri industri di utara tanah air.

"Kita juga dapat melihat perkembangan yang sangat baik berlaku di Zon Ekonomi Khas Sempadan Bukit Kayu Hitam (SPEZ), Taman Teknologi Sains Kedah (KSTP) dan Bandar Getah Kedah (KRC) yang baharu dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob," katanya.

Muhammad Sanusi menyifatkan perkembangan ini akan melonjakkan Kedah sebagai kuasa industri baharu.

"Rakyat perlu disediakan untuk menyambut pembangunan sektor industri dengan persediaan dari segi ilmu dan kemahiran yang dikehendaki pasaran pekerjaan.

"Itu pun sedang diusahakan kerajaan negeri," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... RM10-bilion-setahun
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.060104 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list