CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 274|Reply: 0

[Kedah] MARA sedia RM20 juta bantu usahawan di Kedah

[Copy link]
Post time 20-3-2022 04:47 PM | Show all posts |Read mode

Mahdzir (dua dari kiri) mengambil gambar swafoto menggunakan telefon bimbit penerima replika cek pada Majlis Ramah Mesra Menteri Pembangunan Luar Bandar Bersama Usahawan MARA di Hotel Adya Langkawi. FOTO HAMZAH OSMAN

Langkawi: Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperuntukkan hampir RM20 juta bagi melaksanakan program keusahawanan dalam usaha melahirkan usahawan lebih berdaya maju di Kedah.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata peruntukan itu membabitkan kemudahan pembiayaan, menyediakan latihan dan pembangunan yang memberi manfaat kepada 1,033 usahawan.

Katanya, MARA sentiasa berusaha menambah baik ilmu keusahawanan dan kemahiran baharu sebagai persediaan kepada usahawan untuk kembali berdaya saing selepas terkesan dengan pandemik Covid-19.

"Kebanyakan usahawan berjaya membuktikan mereka dapat menguruskan perniagaan dengan lebih cekap menerusi siri latihan yang dilaksanakan oleh MARA," katanya pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Usahawan MARA di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi MARA Corporation, Datuk Othman Aziz dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf.

Pada majlis itu, Mahdzir turut melancarkan projek perintis Program 'Go Cashless' Peringkat Negeri Kedah bagi menggalakkan urusan tanpa tunai membabitkan penyewa premis MARA di negeri itu.

Pada majlis yang sama, beliau turut menyampaikan Anugerah Pencapaian Jualan 2021 PMB Investment Berhad kepada tiga usahawan yang berjaya mencatat nilai jualan melebihi RM11 juta setahun.

Turut disampaikan replika cek dan surat tawaran kepada tiga orang penerima Skim pembiayaan DanaNITA, Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE) dan Program Galakan Eksport Bumiputera.

Ketiga-tiga kemudahan pembiayaan keusahawanan MARA itu membabitkan nilai keseluruhan berjumlah RM2.05 juta.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.177258 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list