CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 415|Reply: 0

[Sabah] Real Beauty Unduk Ngadau 2022 tawar hadiah RM50,000

[Copy link]
Post time 20-3-2022 02:53 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 20-3-2022 06:55 AM



SIDANG MEDIA: Rejanah (dua kiri) pada sidang media Real Beauty Unduk Ngadau (RBUN) 2022.

KOTA KINABALU: Pertandingan Real Beauty Unduk Ngadau (RBUN) edisi ketiga pada tahun ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM50,000.

Ketua Pegawai Eksekutif Real Beauty Sdn Bhd Rejanah Bahanda berkata selain lima hadiah utama bermula dari tempat kelima bernilai RM600, keempat RM800, ketiga RM1,000, kedua RM2,000 dan pertama RM5,000, peserta turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah iringan.

“Johan atau pemenang tempat pertama yang berjaya pada pertandingan akhir 7 Mei depan berpeluang menerima barangan Skin Care Real Beauty (Arby) selama setahun.

“Sebanyak 11 gelaran atau 'Subsidiaries Title' dengan hadiah menarik turut menanti peserta pertandingan RBUN kali ini termasuklah Miss Social Media, Miss RBUN SuperStar, Miss Most Video Viewed,  Miss Best Cat Walk, Best Evening Gown,  Best Make Up Looks, Miss Arby’s Choice, Miss Photogenic, Miss Best Talent, Miss Body Beautiful dan Best Ethnic Costume,” katanya.

Beliau berkata penyertaan sudah dibuka sejak 10 Mac lalu sehingga 28 Mac depan dan hanya 30 peserta sahaja akan diambil untuk menyertai pertandingan ini.

"Yuran penyertaan sebanyak RM100 dan setakat semalam 11 penyertaan terawal sudah diterima, lima melalui permohonan secara dalam talian, manakala enam lagi secara mengisi permohonan secara manual.

"Kita hanya menerima 30 peserta bagi memudahkan pengurusan dan memastikan kualiti pertandingan tidak terjejas, selepas jumlah itu dicapai, permohonan penyertaan akan ditutup.

"Nama yang tidak tersenarai bagaimanapun akan disimpan sebagai senarai menunggu sekiranya ada peserta yang menarik diri,” katanya sambil menambah yuran peserta yang tarik diri tidak akan dikembalikan.

Katanya pendaftaran secara dalam talian dan maklumat lanjut mengenai pertandingan itu boleh diakses melalui laman rasmi Facebook Real Beauty Unduk Ngadau.

Rejanah berkata keputusan untuk menganjurkan pertandingan ini berdasarkan sambutan menggalakkan dalam edisi pertama dan kedua pada 2020 dan 2021 walaupun diadakan sepenuhnya secara dalam talian disebabkan pandemik COVID-19.

"RBUN mendapat sambutan tinggi selama dua tahun sebelum ini dan bagi 2022, Real Beauty Unduk Ngadau diadakan dengan inovasi dan pembaharuan baharu yang lebih baik berbanding sebelumnya.

"Informasi dan tayangan sesi RBUN 2021 yang disertai 16 peserta dan diadakan sepenuhnya secara dalam talian boleh dilihat dalam laman media sosial Facebook RBUN.

"Untuk tahun 2022 ini, memandangkan kerajaan melonggarkan arahan SOP COVID-19, kami mengambil peluang ini untuk membuat pembaharuan,” katanya.

Menurutnya sesi separuh akhir RBUN ini akan diadakan secara dalam talian, manakala untuk peringkat akhir akan dibuat secara visual di dewan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian  Negera Sabah (JKKNS).

Katanya, berbeza dengan pertandingan Unduk Ngadau sempena Kaamatan yang biasa dianjurkan, RBUN membuka penyertaan kepada wanita berumur antara 18 tahun hingga 30 tahun tanpa mengira ketinggian dan anutan agama serta belum berkahwin.

“Syarat lain yang ditetapkan adalah setiap peserta perlu menyediakan rakaman video dan gambar mengikut format yang ditentukan oleh pihak penganjur.

“Rakaman video perlu menggunakan bahasa ibunda peserta seperti Dusun, Rungus dan sebagainya, bermula dengan pengenalan diri selama 30 saat, disusuli pengenalan pakaian tradisi selama 30 saat.

“Gambar dan rakaman video yang dibuat peserta perlu asli tanpa sebarang pengubahsuaian imej secara digital dan dihantar ke emel realbeautysb@gmail.com,” katanya.

Rejanah berkata, peringkat separuh akhir yang akan dibuat secara dalam talian menerusi platform Facebook Live selama empat minggu di Facebook Page Real Beauty Arby bagi setiap hari Isnin sehingga Khamis bermula dengan sesi pengenalan pada 4 April dan peringkat separuh akhir episod pertama pada 5 April.

"Masa ini penyokong boleh berikan bintang atau ‘stars’ kepada peserta pilihan mereka dan cara pengundian untuk peringkat separuh akhir ialah 50 peratus melalui pembelian produk Arby, 30 peratus melalui Facebook Star dan 20 peratus melalui SenangPay.

"Dalam peringkat separuh akhir ini, peserta akan didedahkan dengan pengetahuan tentang masyarakat Sabah serta lawatan amal yang sehaluan dengan kerja amal Real Beauty Sdn Bhd iaitu tanda pagar Prihatin.

"Peserta juga akan melawat tempat pelancongan di Sabah untuk mempromosikan pelancongan Sabah dan bagi setiap pembelian, lima peratus akan disumbangkan ke dalam tabung amal yang akan disumbangkan kepada rumah amal di Sabah," katanya.

Katanya tarikh RBUN peringkat akhir diadakan pada 7 Mei depan secara hibrid show iaitu secara talian dan fizikal di JKKNS dengan hanya 10 peserta layak sebagai finalist.

“Pada peringkat akhir itu, peserta akan dinilai oleh juri professional sebanyak 50 peratus dan undian pihak awam sebanyak 50 peratus,” katanya.


utusanborneo.com.my/2022/03/19

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:11 AM GMT+8 , Processed in 0.584313 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list