CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 348|Reply: 0

[Sabah] Adat suku kaum Dusun Ranau diperkasa

[Copy link]
Post time 20-3-2022 02:51 PM | Show all posts |Read mode


KENANGAN: Joachim (atas, empat kanan) merakamkan gambar kenangan bersama dengan Ketua-ketua kampung sambil memegang Buku Adat Resam Mukim Kawiyan.

RANAU: Lebih 60 penduduk dari enam kampung Zon Kawiyan sertai program pemerkasaan adat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, tujuan ia diadakan adalah bagi memperkasakan lagi adat suku kaum Dusun di daerah ini.

"Program yang disertai oleh lebih 60 orang itu diadakan di Mini Dewan Kg. Manikulau, Kawiyan, Ulu Sugut.

"Sebanyak enam kampung terlibat iaitu Kg. Kawiyan, Kg. Manikulau, Kg. Paka, Kg. Kilamas, Kg. Patau, Kg. Giring dan Kg. Kilanas," katanya ketika merasmikan program Pemerkasaan Adat Anak Negeri Mukim Kaingaran Zon Kawiyan, Ulu Sugut, di sini semalam.

Menurutnya, sebuah buku adat resam telah disusun dan dikemas kini berdasarkan kepada warisan adat resam yang diwarisi dari nenek moyang sejak dahulu kala.

Antara lain katanya, ia memberikan garis panduan kepada ketua-ketua kampung (6 kampung) cara-cara penyelesaian kes, 'Sogit' bagi perlanggaran adat dan pentadbiran balai adat.

“Buku adat ini juga akan menjadi rujukan pada masa akan datang oleh generasi seterusnya,” katanya.

Joachim berharap, Ketua-ketua Kampung dan Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) dapat mempraktikkan apa yang diperoleh dalam program yang mana sebanyak 40 adat telah dibentangkan.

Dalam pada itu, beliau turut memuji usaha  dilakukan Mahkamah Anak Negeri (MAN) Ranau untuk memantapkan lagi adat dan meminta agar ia diteruskan di kawasan mukim yang lain di Ranau.


utusanborneo.com.my/2022/03/19

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:11 PM GMT+8 , Processed in 0.059207 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list