CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 346|Reply: 0

[Sabah] Kesaksamaan wanita angkat martabat wanita

[Copy link]
Post time 20-3-2022 02:49 PM | Show all posts |Read mode


SAMPAIKAN: Hamisa menyampaikan cenderahati kepada Adzizah Yusuf sempena majlis itu.

TAWAU: Isteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Panglima Juliah Salag menegaskan bahawa usaha mengangkat martabat dan perjuangan wanita ke puncak yang lebih tinggi boleh difokuskan dengan menangani segala kekangan dan meningkatkan kesedaran masyarakat kepada sumbangan dan jasa wanita secara amnya.

"Sesuai dengan tema Hari Wanita Sedunia pada kali ini yang bertemakan Saksama Bersama, saya yakin bahawa masyarakat sedar akan kepentingan dan jasa para srikandi yang berjuang dalam semua fasa baik di rumah, dalam komuniti, bahkan yang menyumbang jasa dan tenaga kepada kejayaan negeri Sabah dan negara Malaysia.

"Tidak lain tidak bukan, halangan dan kekangan yang dihadapi wanita hingga kini masih ada dan perlu ditangani dengan melipat gandakan usaha bagi mengangkat semua martabat wanita, sekaligus memacu kejayaan, " katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya sempena Perasmian Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Perbandarawan Tawau 2022 di sini malam Sabtu.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Adizah Matusuf.

Juliah yang juga merupakan Yang Dipertua MUTIARA GRS turut menyeru semua pihak, khususnya wanita untuk bekerja keras bagi merapatkan perbezaan atau jurang diantara gender.

"Kerja keras membawa kejayaan dan sebagai wanita, pastinya kita perlu gigih berusaha untuk merapatkan jurang dengan kaum lelaki dalam segala urusan kita kerana dunia masa kini amat berbeza dengan dunia masa lalu, terutama saat ini di mana kita berada dalam norma baharu bersama COVID-19.


"Saya yakin, kemajuan teknologi dan dunia digital turut menjadi satu faktor pemangkin kepada kita semua untuk terus bekerja keras, mengambil peluang dalam semua bidang yang kita ceburi, membawa perubahan dan terus bergerak supaya tidak ketinggalan di belakang, " katanya lagi.

Tambah beliau lagi, wanita tidak boleh dianggap sebagai kaum yang lemah dan persepsi lapuk itu perlu diubah seiring dengan kemajuan dunia semasa.

Katanya, wanita pembentuk masa depan yang bermula dari peringkat mikro, iaitu dari rumah.

"Peranan kita sangat penting, bukan saja dalam sektor ekonomi, politik, pendidikan, undang-undang dan lain-lain, tetapi peranan kita sebagai wanita juga adalah sebagai pembentuk kepada institusi kekeluargaan.

"Daripada tugas seorang isteri, kepada seorang ibu mendidik mengasuh anak-anak, sebagai anak, sebagai kakak atau adik, sebagai cucu dan sebagai seorang yang menghayun buaian kepada seorang yang mampu merubah dunia, "tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Pengerusi Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia Cawangan Tawau, Datuk Hamisa Samat berkata wanita juga turut berdepan dengan pelbagai tekanan dan dugaan namun masih bersemangat dan kental untuk meneruskan perjuangan hidup.

"Lihat saja wanita yang sama bekerja untuk membantu suami, yang terpaksa berdepan dengan cabaran perkahwinan jarak jauh, pastinya ini tidak mudah dan perkara ini menuntut kekuatan bukan hanya dari segi fizikal bahkan lebih utama ialah kekuatan mental.

"Ditambah dengan keadaan ekonomi semasa kita masa kini yang sedikit kacau kerana pandemik COVID-19, kadangkala amat menyedihkan apabila pasangan yang bekerja jarak jauh ini, terpaksa berpisah dan tidak dapat bertemu dengan suami mereka, dan barang kali ada juga yang terpaksa berjauhan dengan anak mereka, " katanya.

Tambah Hamisa lagi, kekuatan seorang wanita adalah tidak terbanding dengan segala kekuatan di dunia dan sebagai wanita, wajar untuk saling membantu, menghormati dan mendukung usaha sesama wanita.

"Kita semua wanita adalah sama, kita berjuang untuk keluarga, untuk diri kita dan untuk kehidupan kita.

Untuk itu, sangat wajar untuk kita semua sebagai wanita untuk saling bekerjasama, mendukung satu sama lain, menghormati dan terus berusaha kerana matlamat kita untuk mencapai target kehidupan adalah keutamaan kita, " ujar beliau lagi.


utusanborneo.com.my/2022/03/20

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.066982 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list