CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 252|Reply: 0

[Pulau Pinang] Peniaga 'Rope Walk Bagan' terus bertahan

[Copy link]
Post time 20-3-2022 12:42 PM | Show all posts |Read mode
BUTTERWORTH: Walaupun Pasar Aneka Taman Selat, di sini semakin lengang tanpa kehadiran pengunjung, sekumpulan peniaga di situ cekal bertahan sehingga kini.

Ini kerana, keunikan pasar karat atau lebih dikenali 'Rope Walk Bagan' dalam kalangan penduduk daerah Seberang Perai itu menawarkan pelbagai perkhidmatan berbanding jualan barangan, sekali gus masih menarik orang awam ke situ.

Peniaga, Halid Hashim, 52, yang sudah berniaga di pasar berkenaan sejak 20 tahun lalu, mengakui kekurangan pengunjung terutamanya sejak penularan COVID-19 dua tahun lalu, namun masih meneruskan perniagaan kerana menerima tempahan pelanggan yang memerlukan perkhidmatannya.

"Saya membaiki, membentuk dan mencanai batu cincin yang ada sahaja pelanggan. Mungkin ini keunikan di 'Rope Walk' ini kerana bukan sahaja menjual barangan seperti pasar karat lain, tetapi kerana perkhidmatan yang ditawarkan, maka masih ada pelanggan yang datang.

"Jika dulu, sebaik sahaja pasar ini dibuka, memang padat sampai tempat letak kereta pun sesak, tapi kali ini agak perlahan. Bagaimanapun, syukur masih ada rezeki untuk peniaga yang menjalankan perniagaan perkhidmatan," katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Tukang kasut, Sheik Ab Rani Sheik Seman, 52, turut bersyukur meskipun kedatangan pengunjung berkurangan, tetapi masih boleh mencari pendapatan, termasuk membayar gaji dua pekerja sambilannya.

"Saya menjadi tukang kasut sejak 25 tahun lalu dan berada di pasar karat ini lebih lama sebelum ia bergelar 'Rope Walk'. Pelanggan memang kenal sangat dengan saya dan sebab itu perkhidmatan saya masih mendapat permintaan walaupun suasana pasar karat ini tidak semeriah dahulu," katanya.

Sementara itu, Roslie Che Ross, 55, yang menawarkan perkhidmatan membaiki dan menerima tempahan barangan kulit, berkata tempahan diterimanya masih belum putus.

"Sebelum ini saya jual pelbagai barangan, tetapi 2015 saya diuji masalah kewangan lalu meneroka perniagaan perkhidmatan berasaskan barangan kulit. Pelbagai barangan kulit diminta pelanggan saya akan cuba usahakan dan syukur sehingga hari ini, memang ada sahaja tempahan," katanya.

Pasar karat yang beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 3 petang itu terkenal dengan penjualan barang antik, barangan terpakai, ubat-ubatan, herba, aksesori serta peralatan elektronik dan menjadi lokasi tumpuan warga Seberang Perai. Difahamkan, terdapat lebih 200 peniaga masih menjalankan perniagaan di pasar berkenaan.


Pasar karat, Pasar Aneka Taman Selat atau lebih dikenali ‘Rope Walk Bagan’ makin lengang. - NSTP/DANIAL SAAD

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.097291 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list