CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 307|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pemandu Hilux 'buli' kereta dicari

[Copy link]
Post time 20-3-2022 10:18 AM | Show all posts |Read mode

Gambar daripada video yang tular di FB menunjukkan sebuah pacuan empat roda menghimpit sebuah kereta di Kilometer 138.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat Bukit Mertajam pada Jumaat lalu. Foto Ihsan Pembaca

Bukit Mertajam: Polis sedang mengesan pemandu Toyota Hilux yang didapati memandu secara merbahaya sehingga hampir menyebabkan kemalangan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, polis mengesan satu video berdurasi satu minit 35 saat yang dimuat naik seorang pelayar Facebook (FB) pada semalam.

Menurutnya, video itu memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda melakukan buli jalan raya dengan cuba menghimpit sebuah kereta lain sehingga hampir berlaku kemalangan.

"Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku kelmarin (Jumaat) pada 2.49 petang di Kilometer 138.7 Lebuhraya Utara Selatan arah utara.

"Insiden menunjukkan pacuan empat roda terbabit dengan nombor pendaftaran PMX3338 menghimpit sebuah kenderaan nombor pendaftaran tidak pasti yang hampir menyebabkan berlakunya kemalangan.

"Disebabkan kejadian itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Shafee berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengesan pemandu pacuan empat roda terbabit dan pemandu kenderaan yang dihimpit dalam kejadian itu untuk siasatan lanjut.

"Polis memohon pengguna lebuh raya yang menyaksikan kejadian berkenaan diminta tampil untuk membantu siasatan.

"Maklumat berkenaan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Firdaus Abdul Ghani di talian 014-3955400 atau 04-5382222," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.248713 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list