CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 310|Reply: 0

[Pulau Pinang] 1,100 pelajar terima peralatan sekolah Yayasan Petronas

[Copy link]
Post time 19-3-2022 10:07 PM | Show all posts |Read mode
1,100 pelajar terima peralatan sekolah Yayasan Petronas
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 19 Mac 2022


Kon Yeow (kiri) melihat barangan bantuan BTS 2022 yang disumbangkan oleh Yayasan Petronas pada Sabtu.


GEORGETOWN - Seramai 1,100 pelajar kurang berkemampuan di Pulau Pinang akan menerima set baharu peralatan sekolah dan kit kebersihan diri di bawah program Yayasan Petronas ‘Back To School 2022’ (BTS 2022).


Ketua Penasihat Kerajaan dan Pengawal Selia Petronas, Anuar Ismail berkata pihaknya telah mengenal pasti pelajar melalui Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang bagi menyampaikan bantuan berkenaan.


Menurutnya, seramai 650 murid sekolah rendah dan 450 pelajar sekolah menengah akan menerima manfaat daripada program berkenaan.


“Kami akan menghantar set peralatan sekolah dan kit kebersihan diri ke sekolah masing-masing untuk diedarkan.


“Program BTS 2022 telah diperluas tahun ini, mendekati lebih ramai murid dan pelajar yang kurang berkemampuan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Ketua Menteri pada Sabtu.


Anuar berkata, yayasan itu telah menggandakan sumbangannya kepada pelajar yang memerlukan di Pulau Pinang tahun ini.


Katanya, secara keseluruhan Yayasan Petronas menyumbang peralatan sekolah dan kit kebersihan kepada 36,000 murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menerusi program BTS 2022.


"Program BTS adalah sebahagian daripada bidang tumpuan pendidikan Yayasan Petronas dan ia juga selaras dengan Agenda Kelestarian Petronas serta Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," ujarnya.


Sementara itu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow merakamkan penghargaan kepada Yayasan Petronas atas sumbangannya kepada kanak-kanak yang memerlukan.


“Kami difahamkan program BTS 2022 telah dilancarkan pada 14 Mac lalu bertujuan membantu murid dan pelajar daripada isi rumah berpendapatan rendah di Malaysia sebagai persediaan menghadapi pembukaan sekolah akademik 2022 tidak lama lagi.


"Sumbangan oleh Yayasan Petronas ini akan membawa impak yang baik kepada masyarakat," katanya

Difahamkan setiap pelajar akan menerima satu set pakaian sekolah; sepasang kasut sekolah; satu set pakaian sukan; kit bilik darjah yang terdiri daripada beg sekolah, alat tulis, botol air dan kotak makan tengah hari serta kit kebersihan diri.


Setiap set peralatan sekolah dan kit kebersihan diri bernilai kira-kira RM270.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ah-Yayasan-Petronas
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.403127 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list