Beberapa bulan lepas, Malaysia dikecohkan dengan kes remaja dimandikan seperti jenazah kerana mencuri wang tabung masjid dan kini kes curi wang masjid itu berulang kembali.
kredit foto: Facebook
Menurut Majoriti, kes itu berlaku di Masjid Sharifah Fatimah (MSF) di Kampung Kemunting Baru di Jitra, Kedah. Difahamkan, seorang lelaki dikesan mencuri wang tabung masjid itu melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Kredit video: FB Masjid Sharifah Fatimah
Difahamkan, kejadian berlaku sekitar jam 5 pagi itu menunjukkan seorang lelaki menaiki tingkat atas bangunan dan memecah tiga tabung di dalam masjid berkenaan sebelum mengambil kesemua wang di dalam tabung tersebut.
kredit foto: Facebook
Ekoran kejadian, pihak MSF berkata, sekiranya ada masalah kewangan, boleh berjumpa mereka dan cuba bantu mana yang boleh.
Kepada sesiapa yang mengenai suspek itu boleh maklumkan kepada pihak masjid atau balai polis di Jitra. - CARI |