CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 294|Reply: 0

[Kedah] Kedah boleh jadi 'Negeri Jelapang Ketum' jika mahu eksport ketum

[Copy link]
Post time 19-3-2022 11:49 AM | Show all posts |Read mode

POKOK Ketum. FOTO Arkib NSTP

Alor Setar: Kerajaan negeri diberi amaran tidak melakukan sesuatu tindakan atau dasar yang boleh menjejaskan status Kedah sebagai Negeri Jelapang Padi kepada 'Negeri Jelapang Ketum'.

Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Daerah Kota Setar Dr Zaki Zamani Abd Rashid berkata, cadangan kerajaan negeri mengeksport ketum ke Thailand akan mengakibatkan kegiatan penanaman pokok ketum menjadi sah di negeri ini.

Jelasnya, tindakan itu boleh menyebabkan lebih banyak kawasan pertanian termasuk jelapang padi ditukar menjadi ladang ketum berikutan ia lebih menjanjikan keuntungan berbanding tanaman tradisional lain.

"Saya rasa Menteri Besar (Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor) tidak faham apabila menyatakan ketum hanya disalah guna apabila dijadikan 'cakoroi' (dicampur ubat batuk atau minuman karbonat) kerana bahan yang menyebabkan ketagihan dalam campuran itu masih tetap ketum.

"Ini juga bertentangan dengan keputusan Majlis Fatwa Kedah yang bersidang pada 2005 yang memutuskan air daun ketum adalah haram kerana memabukkan, jadi mengapa pula kerajaan negeri mahu mengeksportnya pula?" katanya dihubungi BH di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan, Kerajaan Persekutuan dicadang memberi kebenaran kepada Kedah bagi mengeksport ketum secara sah ke Thailand, namun proses itu perlu dilakukan mengikut peraturan tertentu supaya ia dapat dilakukan secara teratur dan mengikut undang-undang.

Mengulas lanjut, Dr Zaki berkata, apabila ketum dibenarkan ditanam bagi tujuan komersial, maka kecenderungan untuk bahan itu untuk disalah guna adalah lebih tinggi berbanding manfaat yang bakal diberikannya kepada orang ramai.

Katanya, dalam keadaan ketum tidak dibenarkan diproses dan dijual secara terbuka ketika ini, masih berlaku banyak kes salah guna termasuk membabitkan pelajar yang tidak mampu belajar akibat mengalami ketagihan.

"Manfaat ketum ini jelas tidak ada, ia hanya sekadar menjadi antara bahan dadah rekreasi yang diguna semata-mata untuk tujuan mengkhayalkan, untuk rawatan sekali pun sukar kerana penagih ketum tidak boleh dihantar ke pusat pemulihan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

"Akhirnya, remaja atau individu yang mengalami masalah ketagihan ketum terpaksa dihantar ke pusat pemulihan swasta yang memerlukan bayaran tertentu pula," katanya.

Beliau menegaskan, pihaknya tetap tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri mengeksport ketum ke Thailand kerana melanggar undang-undang negara dan bercanggah dengan Akta Racun 1952.

"Pejabat Dadah dan Jenayah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNODC) juga telah mengklasifikasi ketum sebagai dadah jenis baharu pada 2013, jadi mengapa kita masih mahu menjadikan bahan ini sebagai sesuatu yang komersial?

"Jika cadangan mengeksport ini diteruskan, kita bimbang ia akan menjejaskan industri tempatan lain, malah menyebabkan imej negara menjadi buruk kerana menghalalkan bahan yang sudah diharamkan di banyak negara," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.071758 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list