CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 287|Reply: 0

[Pulau Pinang] SOP baharu solat di masjid, surau di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 19-3-2022 11:48 AM | Show all posts |Read mode

Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman

Georgetown: Pulau Pinang mengambil kira langkah menangani Covid-19 selaras dengan Fasa Peralihan Endemik, dalam menentukan prosedur operasi standard (SOP) yang baharu berkaitan aktiviti solat jemaah termasuk terawih, di masjid dan surau dalam tempoh terdekat.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 berkata, pihaknya akan mengeluarkan SOP yang baharu berkaitan aktiviti solat jemaah di masjid dan surau dalam tempoh terdekat, selaras dengan Fasa Peralihan Endemik menjelang 1 April depan.

"Ia (SOP baharu) sedang didrafkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) bersama agensi berkaitan, dan akan dikeluarkan tidak lama lagi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Mohd Ajib Ismail dilaporkan berkata, solat berjemaah tanpa penjarakan fizikal dibenarkan di semua surau dan masjid di Wilayah Persekutuan, selaras dengan negara memasuki Fasa Peralihan Endemik pada 1 April ini.

Mohd Ajib dilaporkan berkata, kebenaran merapatkan saf itu sudah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong dan berdasarkan pelaksanaan garis panduan serta SOP bagi aktiviti ibadat di masjid dan surau.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bermula 1 April aktiviti solat jemaah di masjid dan surau atau upacara sembahyang di rumah ibadat selain Islam, boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.

Perdana Menteri dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat susulan pengumuman bahawa Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula bulan hadapan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:14 AM GMT+8 , Processed in 0.391588 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list