View: 696|Reply: 0
|
Monyet Curi Parcel, Nasib Baik Ada CCTV
[Copy link]
|
|
Membeli barangan dari kedai atas talian seperti Shopee dan Lazada sudah tentu ianya adalah satu penantian bagi seseorang untuk menerima barang itu dengan selamat, tetapi kita hanya mampu merancang dan jika barang itu rosak ataupun lambat kita boleh buat laporan kepada kedai atas talian itu.
kredit foto: TikTok
Petikan dari HCL, baru-baru ini ada video tular di video sosial TikTok yang memaparkan seorang lelaki menghantar parcel dan letak di atas tembok pagar rumah pembeli, tetapi ada seekor monyet yang melarikan parcel milik tuan rumah tersebut.
Difahamkan, pembeli itu kemudian memeriksa CCTV rumahnya untuk memahami apa yang berlaku dengan parcel itu sebelum melihat monyet yang mengambil parcel berkenaan.
kredit foto: TikTok
Berikutan itu, parcel miliknya dikatakan hilang sampai sekarang (waktu penulisan) dan netizen menganggap pengguna berkenaan kurang bernasib baik dan berharap penghantar barang terbabit berhati-hati apabila mahu menghantar barang lain kali. - CARI |
|
|
|
|
|
|
| |
|