CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 249|Reply: 0

[Pulau Pinang] Peniaga kedai runcit ditahan edar rokok tanpa cukai

[Copy link]
Post time 18-3-2022 01:52 PM | Show all posts |Read mode
Peniaga kedai runcit ditahan edar rokok tanpa cukai
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 18 Mac 2022


Suspek (tengah) ditahan bersama rokok tidak bercukai dan mercun di sebuah rumah di Batu Kurau, Perak pada petang Rabu lalu.


GEORGETOWN - Seorang peniaga kedai runcit ditahan bersama 102,100 batang rokok tidak bercukai dan 180 kotak mercun pelbagai jenis bernilai keseluruhan RM151,345.


Lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Pantai Besar, Batu Kurau, Perak oleh sepasukan Unit Risikan Marin Pulau Pinang dalam Op Kontraband yang diadakan antara jam 6 hingga 7 petang, Rabu lalu.


Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, lelaki tersebut ditahan di sebuah rumah yang kemudiannya membawa penemuan 77,450 batang rokok tidak bercukai.


"Hasil soal siasat, suspek membawa kami ke lokasi kedua iaitu sebuah rumah yang terletak berhampiran. Di situ, kami menjumpai 24,650 batang rokok tidak bercukai selain 180 kotak mercun pelbagai jenis bernilai RM5,866.


"Jumlah keseluruhan rokok tanpa cukai dan mercun tersebut adalah RM151,345. Kesemua dirampas untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.


Menurut Shamsol, suspek warga tempatan itu berperanan sebagai pengedar rokok tanpa cukai dan mercun di kedai runcit berhampiran sejak enam bulan lalu.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... r-rokok-tanpa-cukai
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.092145 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list