CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 269|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Tiada PRN awal di Pulau Pinang, tunggu habis penggal'

[Copy link]
Post time 18-3-2022 01:35 PM | Show all posts |Read mode
'Tiada PRN awal di Pulau Pinang, tunggu habis penggal'

Oleh BERNAMA - Mac 18, 2022 @ 12:58pm



Chow Kon Yeow



GEORGETOWN: Dengan spekulasi yang timbul bahawa UMNO mungkin akan mendesak pilihan raya umum (PRU) lebih awal dari tarikh akhir Julai 2023, Pulau Pinang memutuskan mengadakan pilihan raya selepas tamat penggal penuh.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, berkata negeri itu akan mengekalkan haknya dan tidak akan mengikut jika pilihan raya umum diadakan lebih awal.

"Kami tidak perlu ikut pilihan raya nasional kerana negeri boleh buat keputusan sendiri dan kami boleh pilih untuk adakan pilihan raya setelah penggal penuh berakhir.

"Tambahan pula ia tidak menjadi duluan kerana ia telah berlaku sejak sekian lama sebelum ini di Sabah, Sarawak, Kelantan, Johor dan Melaka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum CEO PKS 2022 di sini hari ini.

Sementara itu, Chow yang juga Naib Pengerusi DAP, berkata Kongres Kebangsaan DAP ke-17 yang akan diadakan pada 20 Mac akan memberi tumpuan kepada dua isu utama – perubahan dalam barisan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) terutama jawatan Setiausaha Agung parti dan 30 peratus wakil wanita dalam jawatankuasa kepimpinan kebangsaan DAP.

"Kami berharap barisan kepimpinan nasional yang baru ini akan dapat membawa parti ke hadapan dalam keadaan politik yang bergolak ini," tambahnya. – BERNAMA





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.061749 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list