CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1581|Reply: 5

Mercedes-Benz EQA250 AMG Line 2022 dilancar di Malaysia

[Copy link]
Post time 17-3-2022 04:50 PM | Show all posts |Read mode


Penawaran kenderaan elektrik Mercedes-Benz Malaysia bermula hari ini dengan pengenalan model EQA H243, yang merupakan versi elektrik sepenuhnya model SUV GLA H247. Datang dalam penampilan EQA 250 AMG Line, model baru ini diimport sepenuhnya (CBU) dari Jerman dan dijual pada harga RM278,201.25 atas jalan tidak termasuk insurans.

Harga ini sudah termasuk pengecualian cukai import dan duti eksais, serta pengecualian 50% SST hingga 30 Jun nanti. Disebabkan insentif ini, EQA hanya RM7,036.41 lebih mahal berbanding GLA 250 AMG Line CKD. Termasuk sekali adalah jaminan empat-tahun tanpa had perbatuan dan jaminan bateri EV selama lapan-tahun atau 160,000 km, yang mana dahulu.

EQA 250 menggunakan motor elektrik tunggal yang memacu roda depan melalui kotak gear satu kelajuan. Dengan janaan 190 PS (188 hp atau 140 kW) dan 375 Nm tork, ini membolehkan kenderaan dengan berat 2,040 kg ini memecut 0-100 km/j dalam masa 8.9 saat dengan kelajuan maksimum 160 km/j.



Motor elektrik tersebut dikuasakan oleh bateri lithium-ion 420-volt sejukan cecair dengan kapasiti 66.5 kWh, yang boleh dicas penuh dalam masa lima jam 45 minit menggunakan pengecas dalaman 11 kW AC (sambungan Type 2). Atau, pengecas pantas DC boleh mengecas hingga 100 kW dan sambungan CCS2 akan membolehkan bateri mencapai 10%-80% penuh dalam masa hanya 32 minit. Bateri cas penuh akan memberikan jarak perjalanan 429 km mengikut kitaran WLTP.

1,000 pelanggan terawal yang membeli EQA akan menerima langganan setahun secara percuma JomCharge, yang membolehkan mereka menikmati pengecasan tanpa had dengan potongan 50% di semua stesen pengecas JomCharge.

Selain itu, terdapat 13 pengecas pantas DC akan dipasangkan di lokasi pengedar strategik tahun ini, yang mana pelanggan EQ boleh menggunakannya tanpa sebarang kos sehingga penghujung 2023. Anda juga boleh memanfaatkan pengecas awam yang lain yang disediakan oleh syarikat lain di Malaysia, walaupun cuma kabel AC Type 2 disediakan untuk tujuan ini.


Walaupu EQA berkongsi Mercedes-Benz’s Modular Front Architecture (MFA2) kedua dengan GLA, platform berkenaan telah diberikan kejurutraan semula untuk menyesuaikannya dengan sistem janaan elektrik. Misalnya, baterinya terdiri daripada lima modul yang terletak di bawah ruang penumpang di tengah kenderaan.

Ini menjadikan lantai pada ruang penumpang belakang itu lebih tinggi berbanding GLA, serta kapasiti but berkurang sebanyak 100 liter menjadikannya 340 liter sahaja. Selain itu juga, motor elektriknya terletak di posisi yang sama kebiasaan enjin biasa pada GLA, jadi tiada ruang kosong di bawah hud depannya.

Dari segi penggayaan, EQA berkongsi bentuk asas yang sama dengan GLA, tetapi perbezaan utamanya adalah wajah depan yang menampilkan lampu utama lebih tirus yang “mengalir” ke gril tertutupnya, yang hadir dalam penyudah hitam berkilat dan logo Mercedes-Benz.



Lampu utama standard LED High Performance (dengan Bantuan Lampu Tinggi Adaptif) juga datang dengan perincian biru yang menunjukkannya sebagai model EQ, serta DRL bersepadu dihubungkan dengan jalur tunggal di atas grilnya. Di belakang, lampunya juga menggunakan iras empat segi yang sama dengan GLA biasa.

EQA di sini datang dengan pakej AMG Line, yang terdiri daripada bampar depan lebih sporty dengan apron bawah lebih lebar, dengan bukaan udara di bucu. Bampar belakang juga menerima perincian yang sama seperti bampar depan, dengan sirip diffuser lebih menonjol.

Ruang dalaman juga tidak jauh berbeza berbanding GLA. Ini termasuklah sistem Mercedes-Benz User Experience (MBUX) dengan paparan berkembar bagi instrumen dan infotainmen 10.25-inci, sokongan Android Auto dan Apple CarPlay serta servis Mercedes me connect dan telematik.



Lain-lain ciri dalaman termasuklah kerusi sport, dengan bahagian depan larasan kuasa, berliang dan ada fungsi memori; kawalan pendingin dwi-zon Thermotronic (dengan corong belakang); sistem lampu suasana; head-up display, stereng balutan kulit Nappa; pelantar pengecas tanpa wayar dan lain-lain.

Ciri keselamatannya menarik; ia tidak hanya mempunyai sistem keselamatan aktif yang ada pada GLA, EQA turut hadir dengan Driving Assistance Package, Active Distance Assist Distronic (kawalan melayar aktif dengan ikutan kelajuan rendah dan penghidup semula), Active Lane Keeping Assist, Active Steering Assist, Active Blind Spot Assist, Parking Assist Parktronic dan Urban Guard.

Bagi keselamatan orang di luar kenderaan, ada janaan bunyi Acoustic Ambient Protection agar kehadiran kereta ini disedari, aktif hingga kelajuan 20 km/j untuk makluman pejalan kaki dan pengayuh basikal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2022 11:15 PM | Show all posts
sy dtg sni sbb nk tahu detail hadiah utama peraduan mesra bonanza dari petronas,, klu betul2 ni sy boleh dpt hadiah kereta mercedes ni,, Harap kereta ni rezki sy.. amin
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 12:06 AM | Show all posts
maduhoney replied at 27-12-2022 11:15 PM
sy dtg sni sbb nk tahu detail hadiah utama peraduan mesra bonanza dari petronas,, klu betul2 ni sy b ...

Ohh kereta ni ke hadiah utama peraduan petronas tue? xsgke boleh jumpe komen yg relate dgn peraduan mesra bonanza tue.. papepn hrp sy mng hadiah iphone14.. sy nk sgt iphone 14 tue.. hrp ad rezki sy
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2022 11:27 PM | Show all posts
mafang replied at 28-12-2022 12:06 AM
Ohh kereta ni ke hadiah utama peraduan petronas tue? xsgke boleh jumpe komen yg relate dgn peradua ...

betul sis,, sy dah suruh husband hari2 isi minyak kat petronas gune aps setel.. kate org nk dpt byk peyertaan kne gune aps setel.. nk mng sgt kereta tue.. kereta idaman sy tue.. huhu..

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 11:29 PM | Show all posts
Dengar petronas nk bg kereta ni utk peraduan mesra bonanza petronas.. Biar betul.. Mmg lama dh idam kereta ni.. hrp rekzi aq.. pulun kaw2
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2022 11:51 PM | Show all posts
majorminor123 replied at 30-12-2022 11:29 PM
Dengar petronas nk bg kereta ni utk peraduan mesra bonanza petronas.. Biar betul.. Mmg lama dh idam  ...

Mmg betul tue.. Tgh jln ni smpai 31januari 2023.. Masih ad masa klu nk join.. Kereta mercedes tue hadiah utama, rasanya min terkumpul spend atleast RM700 bru leh ad potensi nk dot hadiah kereta tue,,
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.093190 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list