CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 338|Reply: 0

[Perlis] Mahkamah Tinggi larang semua media siar, dedah gambar serta identiti anak Loh Siew Hong

[Copy link]
Post time 17-3-2022 01:58 PM | Show all posts |Read mode
KANGAR: Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan semua media dalam juga bentuk liputan, tidak mendedah dan menerbitkan nama, sama ada nama asal atau terkini, gambar serta ketiga-tiga remaja yang juga anak kepada Loh Siew Hong, yang sebelum ini terbabit dalam kemelut hak penjagaan dan kawalan tunggal dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Perlis (MAIPs).

Peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar, yang mewakili MAIPs, berkata satu permohonan mencelah oleh MAIPs, dipanggil untuk pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Keluarga), Hakim Evrol Mariette Peters, melalui aplikasi Zoom, jam 10.30 pagi ini.

"Saya bersama peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla dan Aidil Khalid hadir bagi pihak MAIPs, manakala Siew Hong diwakili peguam, Sri Murugan dan Dr Shamser Singh Thind.

"Hakim membuat satu perintah di atas permohonan MAIPs bagi menjaga anak berkenaan, agar semua media arus perdana, media sosial dan mana-mana liputan dalam apa bentuk cara sekalipun, untuk tidak dedahkan dan tidak terbitkan nama (sama ada nama asal atau terkini), gambar dan ketiga-tiga anak berkenaan yang berkuat kuasa secara prospektif mulai hari ini," katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Zainul Rijal berkata, Mahkamah Tinggi juga menetapkan tarikh pendengaran permohonan ini pada 29 April depan secara fizikal di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi.

"Oleh kerana mahkamah sudah membuat satu perintah untuk tidak dibenarkan mendedahkan identiti anak mualaf itu, diharapkan agar media memberi kerjasama agar tidak mendedahkan gambar, nama dan identiti anak itu ketika membuat liputan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.062013 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list