CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 301|Reply: 0

[Kedah] Kes BID di Kedah membimbangkan

[Copy link]
Post time 17-3-2022 11:20 AM | Show all posts |Read mode
Alor Setar: Kedah mencatatkan sebanyak 65 kematian di luar fasiliti hospital (BID) bagi tempoh 1 Januari hingga 12 Mac lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, 86.2 peratus daripada jumlah itu membabitkan individu yang belum menerima suntikan penggalak.

Katanya, kes BID di negeri ini didapati tinggi dan membimbangkan kerana 90 peratus daripada yang meninggal dunia tidak tahu mereka dijangkiti Covid-19.

"Mereka memang sudah lengkap dua dos suntikan vaksin, tetapi masih belum mengambil dos penggalak. Sekiranya ada individu mengalami simptom seperti demam, selsema dan sakit tekak sila lakukan ujian saringan Rapid Antigen Test Kits (RTK).

"Saya harap rakyat tidak ambil mudah mengenai keadaan ini, sudah ada simptom tetapi tidak mahu buat pemeriksaan dan akhirnya menyebabkan kematian," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dr Mohd Hayati berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama Pejabat Mufti Kedah dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK) dalam usaha memberi kesedaran mengenai kepentingan mengambil dos vaksin penggalak.

Katanya, masjid akan dijadikan sebagai platform untuk menyampaikan maklumat dan memberi kesedaran mengenai kepentingan mengambil dos penggalak.

"Di Kedah, jumlah individu yang menerima suntikan penggalak sangat rendah terutamanya dari kalangan kaum Melayu.

"Saya tidak pasti kenapa, mungkin antaranya disebabkan berita tidak tepat yang tular di media sosial, sebab itu kita rasa masjid perlu mainkan peranan membantu mengajak orang ramai mengambil dos penggalak," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.056695 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list