CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 368|Reply: 1

[Pulau Pinang] Penjara seluruh negara sesak

[Copy link]
Post time 16-3-2022 09:24 PM | Show all posts |Read mode
Penjara seluruh negara sesak

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Mac 16, 2022 @ 7:37pm   bhnews@bh.com.my


Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Jabatan Penjara, Datuk Ibrisam Abdul Rahman, menyaksikan Majlis Serah Tugas Pengarah Penjara Pulau Pinang di Pejabat Penjara Negeri Pulau Pinang, di sini. - Foto NSTP/MIKAIL ONG



GEORGETOWN: Penjara di seluruh negara ketika ini sesak dengan bilangan banduan melebihi kapasiti yang ditetapkan.

Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan), Jabatan Penjara, Datuk Ibrisam Abdul Rahman, berkata terdapat seramai 70,000 banduan ditempatkan di 40 penjara dan 10 penjara satelit seluruh negara ketika ini berbanding 62,000 kapasiti sebenar.

"Ini bermakna terdapat lebihan 8,000 penghuni ketika ini. Penjara Kajang dan Penjara Sungai Buloh merekodkan jumlah banduan tertinggi iaitu masing-masing menempatkan 6,000 banduan.

"Kapasiti sebenar Penjara Kajang hanya 3,500, manakala Penjara Sungai Buloh, 3,000 orang, namun ketika ini, jumlah banduan adalah dua kali ganda di penjara itu.

"Bagi Penjara Reman Pulau Pinang, terdapat lebihan 800 banduan berbanding kapasiti 1,100, manakala Penjara Seberang Perai pula, kapasiti hanya 1,500 tetapi jumlah banduan ketika ini ialah 1,900," katanya kepada media pada Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Penjara Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Zulkifli Abdul Manah dilantik sebagai Pengarah Penjara Pulau Pinang menggantikan Roslan Mohamed, yang ditukar ke Melaka sebagai pengarah penjara negeri.

Mengulas lanjut, Ibrisam berkata, bagi menangani isu kesesakan banduan, pihaknya melaksanakan program pemulihan di luar tembok penjara bersama komuniti seperti sistem Parol, Perintah Kehadiran Wajib dan Program Reintegrasi Penghuni (PRP).

Katanya, program pemulihan komuniti itu juga ibarat sinar dan terbukti memberi impak besar terhadap pemulihan Orang Di Parol (ODP) dengan program membabitkan kerjasama pihak swasta menerusi Corporate Smart Internship (CSI).

"Sistem ini membolehkan banduan menghabiskan baki hukuman di luar penjara. Ini akan memudahkan mereka mendekatkan diri dengan keluarga serta masyarakat.

"Ia juga membantu menjimatkan kos kerajaan apabila banduan yang menjalani parol tidak lagi tinggal di dalam penjara.

"Malah, pelaksanaan sistem ini juga begitu berkesan apabila kadar jenayah berulang ODP adalah di bawah 0.44 peratus berbanding banduan penjara sebanyak 13 peratus," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan seramai 23,000 banduan menjalani pemulihan dalam komuniti menjelang 2030.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2022 09:25 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:27 PM GMT+8 , Processed in 0.623267 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list