CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 377|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang nafi abai pengayuh beca

[Copy link]
Post time 16-3-2022 05:01 PM | Show all posts |Read mode

Laporan Sinar Harian. (Gambar kecil: Soon Hin)

GEORGETOWN - Kerajaan Pulau Pinang menafikan meminggirkan pengayuh beca di negeri ini selain menyangkal tuduhan tidak berasas oleh beberapa pihak tidak bertanggungjawab mengenai perkara itu.

Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Yeoh Soon Hin berkata, satu laporan polis turut dibuat pihaknya terhadap tuduhan palsu oleh beberapa buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap Pejabat Pengerusi Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (PETACE) itu.

"Kerajaan Pulau Pinang tidak pernah meminggirkan pengayuh beca seperti yang dituduh oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Saya amat kecewa dengan tuduhan palsu ini dengan mendakwa PETACE telah mengamalkan diskriminasi kaum.

"Kerajaan negeri sentiasa mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat termasuk pengayuh beca. PETACE tidak akan bertolak ansur dengan perkara ini malah satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut," katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Soon Hin berkata demikian bagi menjawab dakwaan beberapa pengayuh beca dan NGO yang menyerahkan memorandum di Tingkat 3, Komtar pagi Rabu berhubung elaun bulanan yang didakwa telah dikurangkan selain lambat dikreditkan ke akaun pengayuh beca berdaftar Pulau Pinang.

Mengulas mengenai dakwaan elaun bulanan dikurangkan, Soon Hin berkata, kerajaan negeri telah menggandakan elaun bulanan sebanyak RM100 selama enam bulan bermula Jun hingga Disember tahun lalu.

"Kita faham dengan kesusahan yang dialami pengayuh beca kerana penularan Covid-19. Oleh demikian, kerajaan negeri telah menggandakan elaun bulanan daripada RM100 kepada RM200, selama enam bulan bermula Jun hingga Disember 2021.

"Selain itu, saya juga telah mengesyorkan kepada kerajaan negeri untuk meneruskan pembayaran tambahan RM100 sebulan menjadikan jumlah keseluruhan elaun yang akan diterima adalah RM200," katanya.

Dalam pada itu, Soon Hin berkata, PETACE juga telah melancarkan dan menggerakkan banyak pakej bantuan bersama beberapa NGO berkaitan ketika penularan Covid-19 termasuk program vaksinasi, pemeriksaan kesihatan percuma dan pembaharuan lesen.

"Kerajaan Pulau Pinang melalui George Town World Heritage Incorporated turut mengambil bahagian dalam projek membaiki dan menaik taraf beca di negeri ini.

“Program yang bermula pada Disember 2021 ini telah memantau kerja-kerja pembaikan untuk 20 beca setakat Februari 2022. Selebihnya beca akan dibaiki dalam beberapa bulan akan datang secara berperingkat,” katanya.

Katanya lagi, PETACE sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan untuk menyediakan tempat perlindungan bagi pengayuh beca di Pulau Pinang.

Tambahnya, PETACE juga telah memulakan pembukaan akaun bank peribadi pada 2020 untuk pengayuh beca bagi memudahkan pemindahan elaun bulanan RM100 selain mengurangkan risiko penularan Covid-19.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... -abai-pengayuh-beca
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.525868 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list