CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 448|Reply: 2

[Tempatan] SRC International: Permohonan rayuan Najib masukkan bukti baharu ditolak

[Copy link]
Post time 16-3-2022 03:38 PM | Show all posts |Read mode
PUTR: Mahkamah Persekutuan menolak rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memasukkan bukti baharu dalam rayuan akhir melibatkan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, pada Rabu.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika membacakan keputusan memberitahu, Mahkamah Rayuan tidak melakukan sekarang kekhilafan dan tiada sebarang kesalahan yang membolehkan ia dirayu.

Pada 8 Disember lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan salah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Najib selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana SRC International.

Sehari sebelum itu, mahkamah sama menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti dan keterangan baharu dalam rayuan kes penyelewengan dana tersebut atas alasan tiada keadaan istimewa yang membolehkan keterangan baharu itu diterima.

Pada 25 Januari lalu, Najib melalui peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam sepucuk surat dialamatkan kepada Setiausaha Ketua Hakim Negara memohon dibenarkan untuk diwakili seorang Queen's Counsel (QC).

Permohonan itu dibuat atas alasan QC mempunyai kepakaran untuk menasihati dan berpengalaman mengendalikan rayuan akhir Najib Razak yang dikatakan sangat kompleks membabitkan isu dan persoalan perundangan baharu bukan sahaja di bidang kuasa negara ini, malah di negara Komanwel.

Mahkamah Persekutuan dijangka mendengar permohonan Najib untuk menerima masuk QC antara 20 dan 24 Jun ini.

QC ialah peguam kanan dan berpengalaman dari United Kingdom (UK) yang diberikan tauliah khas oleh Ratu Elizabeth.

Mahkamah Persekutuan juga sebelum ini menolak permohonan Najib untuk menangguhkan prosiding rayuan berkaitan bukti baharu dalam usahanya untuk mengetepikan sabitan kes melibatkan dana SRC International, pada 15 Mac dan 16 Mac ini .

Sos: https://www.astroawani.com/berit ... haru-ditolak-352063

P/s: Hadap je lah kau najib, semua benda kena tolak. Tunggu keputusan rayuan akhir nnti kambus terus masuk jel smpai mampos. Semoga Najib razak menerima pembalasan cash di dunia ini! Amen

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2022 04:02 PM | Show all posts
QC ialah peguam kanan dan berpengalaman dari United Kingdom (UK) yang diberikan tauliah khas oleh Ratu Elizabeth.


really blh eh smpi sn cari lawyer
hopefully hakim yg judge nnt x goyang


Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 04:09 PM | Show all posts
Sorry soalan noob....apa kaitan QC dalam kes ni? Sebagai mediator utk nego la kiranya...??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.760734 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list