CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 347|Reply: 0

[Kedah] Galak petani cuba benih padi varieti baharu

[Copy link]
Post time 16-3-2022 12:32 PM | Show all posts |Read mode

Azman (tengah) pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Isu Benih Padi di Wisma Darul Aman di sini pada Selasa.

ALOR SETAR - Petani di kawasan Muda digalakkan menggunakan benih padi varieti baharu IS21dan MR315 yang tahan lasak dan mampu mengeluarkan sehingga sembilan tan metrik beras per hektar.

Exco Pertanian dan Sumber Tani, Pengangkutan dan Industri Utama Kedah, Azman Nasrudin berkata, kira-kira 66 peratus petani di kawasan Muda masih menggunakan varieti MR297.

Azman berkata, penanaman secara monovarieti (memilih varieti padi) tidak sesuai kerana ia boleh memusnahkan kesemua tanaman apabila diserang penyakit.

"Disebabkan itu, kita menggalakkan penanaman pelbagai varieti supaya tidak berlaku masalah sekiranya berlaku serangan penyakit ke atas padi.

"Varieti MR219 yang popular sebelum ini juga akan berakhir pada musim pertama nanti kerana penghasilan varieti ini telah dihentikan," katanya.

Beliau berkata sedemikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Isu Benih Padi di Wisma Darul Aman, di sini, pada Selasa.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Kamarudin Dahuli.

Beliau menjelaskan varieti baharu tersebut memiliki pelbagai kelebihan termasuk tahan rentan dengan cuaca dan serangan penyakit, peningkatan hasil tanaman, lebih rendang dan buah lebih lebat.


Azman berkata, varieti padi baharu juga mampu mengeluarkan sehingga sembilan tan metrik beras per hektar sekiranya petani melakukan pengurusan penanaman padi yang baik.

Katanya, ada petani lebih percaya dakwaan orang lain bahawa hanya varieti tertentu sahaja bagus dan mengeluarkan hasil banyak hingga menyebabkan orang lain mengikutinya.

Azman memberitahu, pihaknya dan MADA akan meningkatkan usaha penyebaran maklumat tentang benih varieti baharu tersebut.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan sebanyak 675,906 beg benih padi sah diperlukan untuk ditanam di kawasan seluas 100,000 hektar di kawasan Muda.

Bagaimanapun, Azman memberi jaminan bekalan benih padi sah mencukupi untuk menampung keperluan petani pada musim 1/2022 penanaman padi di negeri ini.

Mengulas lanjut, katanya, timbul beberapa masalah berkaitan pembekalan benih padi sah termasuklah masalah kelewatan, benih tidak mencukupi dan sebagainya.

"Kita telah mengenal pasti punca masalah berlaku seperti kelewatan benih padi sah dan isu manipulasi harga, yang mana jawatankuasa berkenaan telah mengenalpasti kaedah untuk memastikan isu timbul dapat diselesaikan," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... padi-varieti-baharu
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.049137 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list