CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 314|Reply: 0

[Kedah] Polis siasat dakwaan wanita dicabul ketika rawatan tradisional

[Copy link]
Post time 16-3-2022 11:44 AM | Show all posts |Read mode
Alor Setar: Wanita mendakwa dicabul seorang pengamal perubatan ketika mendapatkan rawatan tradisional akibat mengalami gangguan mistik di rumah ibunya di Kulim, Jumaat lalu.

Mangsa berusia 39 tahun yang bekerja di sebuah agensi kerajaan mendakwa pengamal perubatan terbabit merabanya ketika melakukan rawatan.

Menurut sumber, hasil siasatan ke atas ibu mangsa mendapati anaknya itu mengalami gangguan mistik sejak 2017 dipercayai akibat terkena santau, namun sakitnya itu semakin teruk sejak seminggu lalu.

"Malah, wanita berkenaan kerap pengsan dan dirasuk sejak kebelakangan ini. Kejadian itu berlaku ketika malam yang berlanjutan hingga Subuh ketika dia berada di rumah.

"Kejadian paling teruk berlaku Khamis lalu apabila wanita berkenaan didapati menghilangkan diri selama sehari sebelum dia ditemui di pusat mengasuh anaknya dalam keadaan histeria," katanya ketika dihubungi.

Sumber berkata, melihatkan keadaan yang makin teruk, ibunya mengambil keputusan membawa wanita itu pulang ke rumahnya di Kulim dan mendapatkan khidmat pengamal perubatan tradisional untuk merawat anaknya itu.

"Pengamal perubatan yang dipanggil tiba pada jam 11 pagi dan memulakan sesi rawatan sambil disaksikan serta dibantu lima ahli keluarga mangsa termasuk ibu dan adik lelaki.

"Bagaimanapun, sesi rawatan itu terpaksa dihentikan dan disambung semula selepas solat Jumaat, namun ketika itu wanita terbabit mengambil kesempatan menghubungi polis kerana dia mendakwa dicabul," katanya.

Menurutnya, anggota polis kemudian tiba di rumah terbabit dan membawa wanita itu keluar sebelum dia membuat satu laporan berhubung kejadian yang menimpanya itu.

Bagaimanapun, ketika sesi temubual dijalankan didapati wanita berkenaan kerap mengubah keterangan selain emosinya juga dilihat agak terganggu dan mengalami tekanan.

"Malah, dia juga turut memarahi polis yang menyoalnya dan ada kala seperti hilang kawalan sehingga terpaksa ditenangkan beberapa kali anggota polis," katanya.

Sumber berkata, polis kemudian menjalankan siasatan di rumah ibunya dan mendapati kediaman terbabit dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) termasuk di lokasi wanita itu mendapatkan rawatan.

"Hasil semakan, kita meneliti rakaman CCTV dan melihat tiada sebarang kejadian mencurigakan seperti didakwa wanita itu ketika rawatan dijalankan terhadapnya.

"Pengamal perubatan memakai sarung tangan dan rawatan dilakukan di hadapan ahli keluarga wanita berkenaan yang ketika itu dilihat separuh sedar dan sesekali terbangun sambil melakukan tarian pelik," katanya.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan setakat ini polis sudah mengambil keterangan daripada semua individu berkenaan sejak semalam, namun ada beberapa ahli keluarga wanita itu tidak hadir kerana dikuarantin.

"Kita akan menjalankan siasatan secara terperinci dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.052302 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list