CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2193|Reply: 24

Kantoi MySejahtera Masih Merah, Dah Menggelabah Nak Makan Di Restoran

[Copy link]
Post time 16-3-2022 10:25 AM | Show all posts |Read mode
Ipoh: Lelaki dikompaun RM1,000 selepas melanggar perintah kuarantin selepas disahkan positif Covid-19 dengan mengunjungi sebuah restoran di Jalan Medan Ipoh 2, dekat Bandar Baru Medan, di sini, malam tadi.


Pegawai Kesihatan Persekitaran Cawangan Inspektorat dan Perundangan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak, Azahari Man berkata, lelaki berusia lingkungan 30-an terbabit dikesan melakukan kesalahan itu apabila aplikasi MySejahtera pada telefonnya masih menunjukkan status warna merah.




Foto: Harian Metro




"Lelaki itu dikompaun ketika penguat kuasa kesihatan sedang menjalankan Operasi Penguatkuasaan Larangan Merokok serta Penguatkuasaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342) di sekitar Ipoh, malam tadi," katanya dalam sidang media selepas operasi berkenaan.


Turut hadir, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Bahagian Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Noraryana Hassan.


Sebanyak 215 premis di tempat tumpuan utama dilawati 54 penguat kuasa KKM dan empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam operasi malam itu.


Sementara itu, beliau berkata, dalam operasi itu sejumlah RM27,000 membabitkan 27 kompaun dikeluarkan bagi pelanggaran Akta 342, manakala kompaun keseluruhan bernilai RM20,250 dikeluarkan bagi kesalahan berkaitan Peraturan -Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.


"Operasi diadakan bagi memastikan pematuhan larangan merokok terutama di tempat (premis) makan, kompleks beli belah dan tempat.


"Kebanyakan alasan yang selalu diberikan pesalah adalah tidak tahu premis makanan sebagai kawasan larangan merokok sedangkan sepatutnya perkara ini tidak berlaku memandangkan peraturan mengenainya sudah diwartakan sejak 2004 lagi," katanya.


Menyifatkan kebanyakan kesalahan dilakukan golongan belia, Azahari berkata, operasi diteruskan sehingga esok dengan sasaran membuka mata masyarakat supaya lebih patuh peraturan yang dikuatkuasakan mengenainya.


Katanya, operasi sama dijalankan serentak membabitkan 11 daerah di Perak.


Menurutnya, sebarang aduan berkaitan merokok di tempat awam boleh disalurkan melalui WhatsApp di talian 010-860 8949. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2022 10:37 AM | Show all posts
bagus part kuatkuasa larangan merokok tu.  puas hati aku tgk puak2 bodo merokok kat tempat awam kena saman...  baru ni ada sekor kena marah dengan aku lempar puntung rokok kat lampu isyarat.  aku suruh dia ambil balik. padan muka.  tahu takut...  
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini iols bengang ni..dh positif pastu sakan jalan sana sini..tk pasal2 org lain dapat jangkitan
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 10:50 AM | Show all posts
bodo tk leh di ajar
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau kes macam ni, boleh tak naikkan kadar kompaun tu? bagi terus 10k
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 11:12 AM | Show all posts
dah tua, bodo tak nak mampus.menyusahkan org. stupid man. selfish. harap lelaki tu poromer sini. boleh baca cercaan ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2022 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Elok kena hukum mati je orang macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Lps byr tolak discount baru 500 apedehal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2022 11:49 AM | Show all posts

Ipoh: Lelaki dikompaun RM1,000 selepas melanggar perintah kuarantin selepas disahkan positif Covid-19 dengan mengunjungi sebuah restoran di Jalan Medan Ipoh 2, dekat Bandar Baru Medan, di sini, malam tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 11:52 AM | Show all posts
kenapa kat mysejahtera dah x ada fungsi nk report pelanggaran sop?
tu kedai makan dekat permaisuri sana
bersepah peniaga x pakai mask
aku dah report pada MYGCC
dia reply email suruh p report kat lokal kkm
they can just forward je email aku pada kkm tu kan
sekali gambar peniaga aku bagi
dengan pekerja2 dia x pakai mask
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 12:23 PM | Show all posts
Mujur masa tu pegawai tengah buat operasi. Kalau tak terlepas jela macam tu. Patut alert je mySJ terus auto kompaun. Berjangkit kat oranglain kan susah, kena kuarantin bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 12:41 PM | Show all posts
ramai je yg tipu skrg kan. +ve tapi tak update mysejahtera pn ade. ramai dah terjadi
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
oh maknanya klu tak terkantoi tu, mmg lepas bebas lah ye, ingatkan kot terus link ke pihak berkuasa tgh kuarantin merayap
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 02:43 PM | Show all posts
mizruncing replied at 16-3-2022 12:41 PM
ramai je yg tipu skrg kan. +ve tapi tak update mysejahtera pn ade. ramai dah terjadi

Kannn ... ramai je perangai macam tu sekarang ni apa dia orang kesah.  Jadi sendiri ler kena pandai2 jaga diri sendiri dan keluarga tempat ramai orang tak perlu joint the crowd.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia cuma bernasib malang...(1 dlm 1000)La ni xde peniaga nk chek mysejahtera pelanngan lg.Bahkan kt public transport...ramai yg x 'scan'.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut denda lbh.menyusahkan org.x psl2 kang jangkit kat org lain plk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2022 04:01 PM | Show all posts
tengok la restoran apa tuuuu
patutnya denda peniaga sama sebab tak check mysejahtera customer..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 04:15 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 16-3-2022 02:43 PM
Kannn ... ramai je perangai macam tu sekarang ni apa dia orang kesah.  Jadi sendiri ler kena panda ...

kannn lagi2 plak yg jenis gejala biasa tu. lagi la dorang malas nk dok umah seminggu
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 replied at 16-3-2022 10:37 AM
bagus part kuatkuasa larangan merokok tu.  puas hati aku tgk puak2 bodo merokok kat tempat awam kena ...

elok kau jumpa laki & mil aku. sejenis takde adab punya manusia,buang sampah merata. aku tegur laki, tetiba esoknya mil aku buang tisu merata. laki aku ckp, tu mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi. aku mampu hamun laki aku je....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
gekkou replied at 16-3-2022 11:52 AM
kenapa kat mysejahtera dah x ada fungsi nk report pelanggaran sop?
tu kedai makan dekat permaisuri s ...

Better report terus kat kkm. Google je sispaa kkm. Daftar dan buat report kt situ. Mygcc tu pengantara je. Dorg pn xleh nk buatpe klo kkm xnk gerak.

Kesimpulannya pape terus rujuk kementerian berkaitan. Biar kementerian tu sendiri dpt feedback. Ni bila g report kat 3rd party, dorg akan lembab buat kerja sbb xdirect dgn dorg  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.057514 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list