CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 344|Reply: 0

[Sarawak] Bomba tangkap ular

[Copy link]
Post time 16-3-2022 08:32 AM | Show all posts |Read mode




BETONG--Cuaca panas yang berterusan beberapa hari mungkin menyebabkan seekor ular sawa batik mencari lokasi yang dingin sebagai tempat yang selesa untuk berehat namun kelibat sang reptilia bersantai dalam penghawa dingin di ruang pejabat Politeknik Metro Betong Sarawak(PMBS) menggemparkan kakitangan bertugas.

Kehadiran sang batik yang cuba berselindung dalam penghawa dingin disedari menyebabkan mereka memohon bantuan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) untuk menangkap reptilia terbabit.

JBPM yang dihubungi memberi respon pantas dan hadir kelokasi bagi memberi pertolongan dalam Operasi Khidmat Khas menangkap ular.

Pegawai Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat BBP Betong PBK1 Henry Jugah memberitahu tiga anggota telah dikerah untuk memberi pertolongan.

"Ketika kami tiba, dimaklumkan tentang lokasi ular tersebut iaitu dalam penghawa dingin.

"Anggota kami terus menjalankan operasi menangkap ular tersebut dengan menggunakan penjerut ular sehingga berjaya ditangkap.

Henry memberitahu demikian ketika ditanya berhubung penangkapan ular sawa batik di PMBS tersebut..

"Ular sawa batik sepanjang lebih dua kaki itu juga telah dibawa dan dilepaskan ke habitat asalnya," ujarnya.

credit



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.067785 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list