CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 636|Reply: 2

[Sarawak] 3 beradik yatim piatu akan pulang ke Sarawak

[Copy link]
Post time 15-3-2022 09:25 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 15-3-2022 09:27 PM
Berita terdahulu :
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5028151








Tengahari ini tadi menziarahi waris serta tiga anak mendiang Damian dan mendiang Ronwina Mambai, pasangan yang meninggal dunia dipercayai akibat renjatan elektrik dalam kejadian di Taman Tringkap Puncak, Cameron Highlands, pagi Khamis lalu, 10 Mac 2022.

Tiga beradik berkenaan, Elisa Olivia anak Damian, 10; Joseph Rayyan anak Damian, 8; dan Magdalena anak Damian, 2; akan dihantar pulang ke Kuching, Sarawak pagi esok, Rabu, 16 Mac 2022. Mereka akan dibawa oleh abang kepada mendiang Ronwina, Robert anak Adi,  43, dan isterinya Kelly anak Jhon, 36, yang telah diterbangkan segera ke Kuala Lumpur selepas kejadian.

Segala urusan penerbangan pulang tiga beradik berkenaan dan waris terlibat, serta penginapan transit, juga urusan pengkebumian kedua-dua mangsa telah dibiayai sepenuhnya oleh Sarawak Volunteers dengan bantuan Rumah Sarawak di Kuala Lumpur.

Urusan membantu keluarga berkenaan digerakkan segera sejak hari kejadian dengan Pegawai Rumah Sarawak dan Sarawak Volunteers telah bergegas ke Cameron Highlands sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu Khamis lalu, bagi menghulurkan bantuan perlu.

Terima kasih kepada Rumah Sarawak di Kuala Lumpur diketuai Pengarahnya , Awang Supian Awang Daud, yang telah membantu mempermudahkan segala urusan membantu keluarga berkenaan.

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga pasangan mendiang Damian dan mendiang Ronwina.

credit








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2022 03:25 AM | Show all posts


Tiga beradik yang kehilangan ibu bapa mereka dipercayai terkena renjatan elektrik di Cameron Highlands baru-baru ini selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sebentar tadi.

Ketibaan mereka disambut ADUN Tebedu, Dr Simon Sinang Bada dan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2022 03:27 AM | Show all posts

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.366623 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list