CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 557|Reply: 4

[Borneo] Dr Radzi: Murid tidak divaksin boleh hadir ke sekolah

[Copy link]
Post time 15-3-2022 09:09 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING, March 15: Murid yang tidak divaksin boleh hadir ke sekolah, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memantau rapi kadar vaksinasi murid sekolah rendah dan menengah berumur 12 hingga 18 tahun sebagai persediaan pengoperasian sekolah bagi Kalendar Akademik 2022/2023.

“Berdasarkan data Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pada 12 Mac 2022, status pengambilan vaksin bagi kumpulan murid berumur 12 hingga 18 tahun bagi dos kedua ialah 95.3 peratus.

“Data CITF, KKM pada 12 Mac 2022 juga menunjukkan bahawa 35.5 peratus kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun yang bersekolah di institusi bawah KPM telah menerima dos pertama vaksin Covid-19,” katanya semasa penggulungan Titah Diraja 2022 di Parlimen semalam (14 Mac).

Beliau turut berkata KPM sentiasa bekerjasama dengan KKM bagi meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan murid berumur 5 hingga 11 tahun.

Sebelum ini, Radzi telah mengumumkan murid Tahun 3, 4 dan 5 di sekolah yang mempunyai enrolmen lebih 600 murid boleh mengikuti kelas secara bergilir-gilir bagi sesi akademik 2022/2023 yang akan bermula pada 21 Mac ini.

Manakala bagi murid-murid kelas lain termasuk murid penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) hadir secara bersemuka tanpa penggiliran.

Ketetapan ini turut terpakai kepada murid sekolah swasta termasuk sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa yang setara dengan sekolah rendah KPM.

Bagi sekolah rendah enrolmen kurang 600 murid pula, KPM telah menetapkan bahawa semua murid sekolah rendah harian dan sekolah rendah swasta, termasuk sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa hadir secara bersemuka tanpa penggiliran.

Selain itu, semua murid sekolah menengah termasuk Sekolah Berasrama Sepenuhnya, Prauniversiti, International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP) serta kelas peperiksaan antarabangsa yang setara akan menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) untuk tempoh dua minggu mulai 21 Mac 2022 dan akan mula hadir secara bersemuka tanpa penggiliran bermula pada 4 April 2022.

Murid Tingkatan 1 yang berjaya memasuki sekolah berasrama penuh pula boleh memilih samada menjalani PdPR atau hadir belajar di sekolah harian yang berdekatan kediaman sehingga tarikh kemasukan ke sekolah berasrama diumumkan.

Namun, bagi sekolah swasta berasrama sepenuhnya yang mempunyai kapasiti untuk menguruskan keseluruhan murid, sekolah boleh beroperasi sepenuhnya termasuk murid baharu Tingkatan 1. — DayakDaily

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-3-2022 09:11 PM | Show all posts
Bagi FC lah ...
sebab sekarang ni dah ramai yang ambil vaksin booster semua2 tu ... so terpulang pada diri memasing lah ... baik yang dah vaksin atau belum... bagi jer kebebasan ... risiko tanggung sendiri.

Sebab makin d larang makin ramai yang memberontak.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2022 09:51 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 15-3-2022 09:11 PM
Bagi FC lah ...
sebab sekarang ni dah ramai yang ambil vaksin booster semua2 tu ... so terpulang pad ...

FC penjilat atau pemberontak?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2022 07:53 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 15-3-2022 09:51 PM
FC penjilat atau pemberontak?
dua2

FC ambik vaksin sebab percaya kurang-kurang walaupun kena ... tak teruk sangat


FC tak percaya dengan kata-kata ... ambil vaksin jika sayang keluarga atau persekitaran kita ... sebab bila kita ambil vaksin ... kita jer yang "kuat" tak kena virus ... tapi...dalam masa yang sama ... bila kita rasa kita sihat ... kita tak sedar ... kita pula adalah pembawa.

Dan untuk anti vaksin ... atau yang was was nak ambil vaksin ... tu hak mereka.

Tak perlu nak kuarantin lagi... tak perlu nak test kit bagai tu semua ... jalani hidup normal...
Risiko ...tanggung sendiri.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2022 11:36 AM | Show all posts
ok datuk............noted

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.079036 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list