CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 580|Reply: 1

Berpuluh Biawak, Ular Hidup Diseludup Bawah Pakaian

[Copy link]
Post time 15-3-2022 04:28 PM | Show all posts |Read mode
Cubaan seorang lelaki menyeludup 52 reptilia hidup disembunyikan di bawah pakaiannya gagal apabila dipatahkan pihak berkuasa sempadan di Amerika Syarikat (AS).


NDTV memetik kenyataan media dikeluarkan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS melaporkan lelaki itu tiba di persimpangan sempadan San Ysidro dengan Mexico pada 25 Februari lalu.




Kredit foto: NDTV/cbp.gov




Dia memandu trak sebelum ditahan pegawai kastam untuk pemeriksaan lanjut.


"Insiden itu berlaku pada jam 3 pagi, 25 Februari, apabila pegawai CBP terserempak dengan seorang lelaki warga AS berusia 30 tahun, memandu trak GMC 2018 dan tiba di persimpangan sempadan San Ysidro," dedah CBP AS.


Pemeriksaan dilakukan terhadap lelaki tidak disebutkan namanya itu nyata mengejutkan.


Pihak berkuasa sempadan menemui 52 reptilia hidup tersembunyi di dalam jaket, poket seluar dan kawasan pangkal paha lelaki itu.


Reptilia itu termasuk 43 biawak dan sembilan ular yang turut disembunyikan dalam beg kecil.


"enyeludup akan lakukan pelbagai cara untuk memastikan barangan mereka atau dalam kes ini reptilia hidup, merentasi sempadan.


"Dalam kesempatan ini, penyeludup cuba menipu pegawai CBP untuk membawa haiwan ini ke AS tanpa menjaga kesihatan dan keselamatan haiwan itu," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2022 05:59 PM | Show all posts
Euuwww tak geli ke letak banyak2 macam tu ke species kulit tebal ke macam mana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.047971 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list