CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 371|Reply: 0

[Perlis] PIP bakal ubah landskap ekonomi Perlis

[Copy link]
Post time 15-3-2022 01:51 PM | Show all posts |Read mode

Tuanku Syed Sirajuddin. - Foto Bernama

PADANG BESAR - Pelaksanaan projek Projek Pembangunan Perlis Inland Port (PIP) bakal mengubah landskap ekonomi di Perlis, titah Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah PIP dan Chuping Valley Industrial Area (CVIA) merupakan dua projek mega yang saling melengkapi serta memberikan impak ekonomi dalam sektor perindustrian dan juga logistik.

"Ini akan mengubah suasana khususnya di kawasan Chuping dan Padang Besar yang dahulunya merupakan kawasan pertanian.

"PIP ini merupakan sinergi awam dan swasta di mana pihak kerajaan memperuntukkan RM318.0 juta bagi tujuan pembangunan infrastruktur luaran dan RM1.2 bilion daripada pelaburan swasta bagi pembangunan kawasan operasi," titah baginda semasa melancarkan projek pembangunan Perlis Inland Port (PIP) di Kawasan Perindustrian Projek Pembangunan Lembah Chuping (CVIA) di sini pada Selasa.

Berangkat sama mengiringi baginda Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Hadir sama, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Mohammad Haris Kader Sultan.

Tuanku Syed Sirajuddin berharap jalinan kerjasama pihak kerajaan dan swasta dapat diteruskan dan ditingkatkan bagi memberi manfaat kepada semua pihak khususnya rakyat negeri Perlis.

Baginda bertitah pembangunan projek tersebut akan membuka banyak peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang serta limpahan rantaian ekonomi kepada masyarakat setempat.


"Rakyat Perlis diharap dapat mengambil peluang ini untuk turut serta menjadi sebahagian daripada pembangunan PIP bagi meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan diri," titah baginda.

Baginda berharap projek PIP tersebut dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan di samping yakin projek itu akan melonjakkan prestasi ekonomi dan pembangunan negeri bagi mencapai sasaran Perlis Negeri Bandaraya menjelang 2030. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... skap-ekonomi-Perlis
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.575604 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list