CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 329|Reply: 0

[Perlis] Lebih RM126 bilion nilai dagangan Malaysia-Thailand menjelang 2025

[Copy link]
Post time 15-3-2022 01:49 PM | Show all posts |Read mode

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (tengah) bersama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua kanan) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua kiri) bergambar ketika hadir pada Majlis Pelancaran Perlis Inland Port (PIP) dan Bonded Road di Jalan Ulu Pauh-Padang Besar, Chuping. - Foto LUQMAN HAKIM ZUBIR

PADANG BESAR: Pembangunan Pelabuhan Darat Perlis (PIP) bakal merancakkan aktiviti perdagangan Malaysia-Thailand yang dijangka bernilai lebih RM126 bilion menjelang 2025, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, kedudukan Perlis yang strategik dari segi geografi bakal memberi kelebihan kepada negeri itu memanfaatkan pelbagai peluang ekonomi dan perniagaan dalam perniagaan rentas sempadan.

Katanya, projek PIP juga bakal mewujudkan nilai tambah kepada projek strategik Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) seperti Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA), Lembah Agro Chuping (CAV), Zon Ekonomi Agribio (NAEZ) dan Perlis Super Fruits Valley.

"Sukacita saya umumkan nilai dagangan terkini Malaysia-Thailand adalah berjumlah lebih RM96 bilion dan sejumlah RM44 bilion disumbangkan melalui perdagangan antara sempadan.


"Ini membuktikan komitmen kedua-dua negara dalam meningkatkan hubungan dua hala dan meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang seperti perdagangan dan pelaburan, pertanian, pendidikan dan tenaga kerja," katanya yang melakukan lawatan kerja ke Thailand pada Februari lalu.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian PIP dan Insfrastruktur Sokongan yang dirasmikan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Turut hadir, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail; Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan Ketua Pegawai Eksekutif, Pihak Berkuasa Koridor Utara (NCIA), Mohammad Haris Kader Sultan.

Ismail Sabri berkata, pihaknya komited dalam melaksanakan projek PIP melalui penyediaan tiga infrastruktur luaran utama iaitu jajaran keretapi, jejambat dan 'bonded road' membabitkan peruntukan sebanyak RM340 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Katanya, projek ini bakal mempercepatkan pembangunan rentas wilayah dan negeri serta kawasan luar bandar, bandar dan sempadan,

sekali gus memastikan pembangunan lebih seimbang dan keterangkuman yang lebih baik.

"NCER kini berdepan prospek pertumbuhan yang cerah dengan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Wilayah adalah antara 6.5 peratus dan 6.9 peratus dalam tempoh pemulihan 2022.

"Pelaksanaan program modal insan NCIA juga memberi manfaat kepada 67,935 Keluarga Malaysia dari 30 daerah dalam NCER antara tahun 2019 sehingga tahun lalu," katanya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, impak PIP bakal dirasai terutamanya CVIA yang bakal mentransformasikan Perlis dan ekonomi NCER melalui peningkatan pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan.

"Walaupun baharu dilancarkan, CVIA berjaya menarik pelaburan komited sebanyak RM4.5 bilion yang bakal menjana hampir 12,000 peluang pekerjaan yang dapat mengurangkan migrasi keluar rakyat tempatan.

"Hasilnya, Perlis kini dilihat bersedia mengorak langkah ke arah transformasi menjadikannya negeri berasaskan perindustrian moden dengan projek strategik berimpak tinggi seperti PIP dan CVIA," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:59 PM GMT+8 , Processed in 0.066407 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list