CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 365|Reply: 1

[Pulau Pinang] 9 'Wira Oren' jumpa barang kemas dapat penghargaan MBSP

[Copy link]
Post time 15-3-2022 01:48 PM | Show all posts |Read mode
BUKIT MERTAJAM: Sembilan pekerja am Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) atau dikenali 'Wira Oren' membantu anggota polis wanita yang tidak sengaja terbuang barang kemas miliknya bulan lalu, menerima sijil penghargaan daripada MBSP, hari ini.

Datuk Bandar MBSP, Datuk Azhar Arshad yang menyampaikan sijil berkenaan pada Perhimpunan Korporat Bandaraya, berkata ia bagi menghargai sembilan kakitangan berkenaan yang menunjukkan integriti tinggi semasa menjalankan tugas.

"Atas dasar amanah dan simpati, sembilan kakitangan MBSP terbabit berusaha dengan sepenuh tenaga mencari barang kemas itu yang dijumpai semula dalam longgokan sampah seberat empat tan dalam tempoh dua jam pencarian. Saya harap lebih ramai warga MBSP, bahkan semua kakitangan menunjukkan sikap seperti ini," katanya.

Katanya, MBSP memberi perhatian serius terhadap isu integriti dan etika dalam kalangan warga kerjanya tanpa mengira barisan pembuat dasar, pentadbiran dan pengurusan tertinggi mahupun peringkat pelaksana.


"MBSP amat komited dalam usaha meningkatkan integriti, membanteras rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan dan pecah amanah dalm kalangan kakitangan dan seterusnya mensasarkan untuk menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berintegriti, telus dan sifar rasuah," katanya.

Pada 20 Februari lalu, seorang anggota polis wanita dilaporkan secara tidak sengaja terbuang sejumlah barang kemas miliknya di dalam tong sampah berhampiran kuartersnya. Barang kemas itu ditemui semula pekerja MBSP dan klip video mengenainya tular di media sosial.

Dalam pada itu, Azhar berkata, memandangkan penularan COVID-19 masih belum reda, warga kerja MBSP diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di tempat kerja.

"Elakkan datang bertugas bagi yang bergejala untuk mengurangkan risiko penyebaran penyakit dan dapatkan pemeriksaan segera. Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan tempat kerja dalam keadaan yang kondusif dan selamat untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 dan juga lain-lain jangkitan," katanya.

Azhar berkata, MBSP juga menyediakan bantuan khas COVID-19 kepada kakitangan terjejas yang mana sehingga bulan ini, sebanyak 133 permohonan diluluskan dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM19,950.

"Berkuat kuasa Januari lalu, bayaran bantuan perubatan dan kesihatan kepada kakitangan MBSP sebanyak RM100 sebulan juga telah dimasukkan ke dalam akaun gaji setiap pegawai atau kakitangan. Ini untuk mengurangkan beban kakitangan yang semakin meningkat akibat COVID-19.

"Wang itu juga boleh digunakan untuk tujuan membeli kit pengesanan COVID-19, pelitup muka atau cecair pembasmi kuman memandangkan wabak ini masih belum reda," katanya.


Sebahagian daripada sembilan pekerja am MBSP (barisan hadapan) yang menerima sijil penghargaan pada Perhimpunan Korporat Bandaraya di Menara Bandaraya MBSP, Bandar Perda, Bukit Mertajam. - NSTP/Danial Saad

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2022 01:50 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.053204 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list