CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 375|Reply: 0

[Sabah] Program Mobile Community Service beri banyak input kepada belia

[Copy link]
Post time 15-3-2022 08:22 AM | Show all posts |Read mode


KENINGAU: Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik merasmikan ‘Mobile Community Service Ekspresi Anak Muda' Daerah Keningau bertempat di Dewan Arena Belia Daerah dekat sini baru-baru ini.
Program tersebut adalah anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah keningau bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Robert yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor berkata, program yang diadakan itu amat berfaedah dan bermanfaat kepada masyarakat terutama para belia.

“Para belia perlu didedahkan pelbagai maklumat dan ilmu dalam menghadapi norma baharu dalam kehidupan masa kini.

“Tentunya, program yang menarik dan mempunyai pelbagai fungsi serta kemudahan yang disediakan ini adalah sangat dialu-alukan kerana bukan sahaja bersifat menyeronokkan tetapi juga dapat membantu orang ramai khususnya belia berkenaan dengan pembukaan kaunter-kaunter perkhidmatan serta maklumat yang disampaikan.

"Oleh itu, saya berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan berharap ianya juga dapat dianjurkan oleh pelbagai pihak," kata Robert.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada penganjur iaitu AADK Daerah Keningau bersama NGO atas inisiatif menganjurkan program itu dengan jayanya.

Pelbagai acara telah diadakan sempena dengan program tersebut, antaranya program Tukar Minyak Hitam Motosikal Percuma, Gunting rambut percuma, Walking Message Skuad AADK, derma darah dan banyak lagi.

Selain perkhidmatan, turut diadakan taklimat Lebih Baik Cegah AADK, taklimat kesihatan KKM, Program Belia dalam Organisasi JBS dan taklimat keluarga LPPKN.

Kaunter juga dibuka antaranya Jamin Kerja Mystep; Pendaftaran Ahli Baru KWSP; Sistem insurans Pekerjaan (SIP) Perkeso; Semakan Pemilih SPR; Pameran Antidadah AADK; Pemeriksaan kesihatan LPPKN; dan daftar Haji, buka akaun dan kemaskini maklumat diri Tabung Haji.

Turut hadir Pengarah AADK Negeri Sabah, Timbalan Pegawai Kewangan Persekutuan Sabah.

oleh Kenneddy Corlleus

credit





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.051247 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list