CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 320|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang tolak kaedah ambil air bawah tanah

[Copy link]
Post time 15-3-2022 08:09 AM | Show all posts |Read mode
Pulau Pinang tolak kaedah ambil air bawah tanah

Oleh Nur Izzati Mohamad - Mac 14, 2022 @ 9:05pm  bhnews@bh.com.my




- Foto hiasan




GEORGETOWN: Kaedah pengambilan air bawah tanah bagi menampung bekalan tambahan air mentah di Pulau Pinang tidak sesuai berikutan boleh mengundang pelbagai kesulitan termasuk bencana alam yang berisiko terhadap nyawa.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Jaseni Maidinsa, berkata cadangan itu dan tidak berasas untuk dilaksanakan di negeri ini.

Katanya, jumlah air bawah tanah tidak mencukupi untuk menampung bekalan air tambahan Pulau Pinang berjumlah kira-kira 1,000 juta liter sehari (JLH) sehingga 2050.

"Keluasan tanah Pulau Pinang hanya 1,048 km persegi. Kajian agensi Persekutuan menunjukkan Pulau Pinang tidak mempunyai ketersediaan air bawah tanah yang diyakini dan mencukupi untuk memenuhi permintaan sehingga 2050.

"Menggali tanah untuk mendapatkan air di kawasan bandar Pulau Pinang akan menimbulkan kesulitan kepada orang ramai dan perniagaan.

"Selain itu, aktiviti cari gali dan penerokaan air bawah tanah akan meletakkan ribuan nyawa dan harta benda dalam risiko terutama di kawasan yang mempunyai bangunan tinggi," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jaseni berkata demikian bagi mengulas cadangan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menyatakan Pulau Pinang boleh meneruskan cara alternatif termasuk penerokaan air bawah tanah seperti Kelantan untuk menangani keperluan.

Ia berbangkit selepas Kerajaan Perak dilapor tidak mampu memenuhi permintaan Pulau Pinang bagi membekalkan air mentah ke negeri itu berikutan keperluan domestik tidak mencukupi.

Jaseni berkata, Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA) dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) turut menerbitkan amaran dalam talian mengenai bahaya menggunakan atau mengambil air bawah tanah yang berpotensi tercemar.

Katanya, ia terutama di kawasan dengan populasi tinggi dan penggunaan tanah intensif.

"Pulau Pinang mahu mengurangkan risiko air tetapi kita tidak mahu menanggung risiko yang lebih tinggi jika bangunan runtuh.

"PBAPP akan terus mengoptimumkan operasi pengabstrakan air mentah dari semua sumber air mentah dalam negeri terutama dari Sungai Muda di muka sauk Lahar Tiang di Seberang Perai Utara," katanya.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.228259 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list