CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 384|Reply: 0

[Sabah] Tiga maut, dua parah dalam kemalangan

[Copy link]
Post time 15-3-2022 07:40 AM | Show all posts |Read mode


LAHAD DATU: Tiga maut, dua parah selepas terlibat dalam insiden kemalangan di kilometer 30 Jalan Sandakan - Lahad Datu, berhampiran ladang Mensuli, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, ketiga-tiga mangsa terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Difahamkan, kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki berumur 50 tahun telah bertembung dengan kereta yang dinaiki oleh empat individu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.04 pagi.
Katanya, sepasukan tujuh anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat.
“Pasukan bomba mendapati lima mangsa terlibat dalam insiden itu, tiga daripadanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.
“Manakala, dua mangsa yang cedera parah telah di hantar ke Hospital Lahad Datu menggunakan ambulan untuk mendapatkan rawatan kecemasan,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.
Sementara itu, katanya, mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital untuk dibedah siasat dan kes diserahkan kepada pihak polis.
Sumsoa berkata, pasukan bomba melakukan pembersihan dan pemeriksaan akhir bagi memastikan kawasan kemalangan selamat untuk pengguna lain, sebelum operasi ditamatkan pada jam 12 tengah hari.
“Setakat ini, identiti mangsa yang meninggal dunia masih belum diperolehi dan maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.
                              oleh Hamzah Sanudin


      

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.068929 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list