CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 388|Reply: 0

[Sabah] JCI Tawau kumpul dana bantu Pertubuhan Kebajikan Cahaya KASIH

[Copy link]
Post time 15-3-2022 07:33 AM | Show all posts |Read mode


TAWAU: Junior Chamber International Tawau (JCI Tawau) mengambil inisiatif menganjurkan program “Little We Have, More We Give” bagi membantu Pertubuhan Kebajikan Cahaya KASIH.

Program yang dijalankan bersama Junior Chamber International Petaling Jaya (JCI Petaling Jaya) itu berjaya mengumpul sebanyak RM1,755 untuk membeli peralatan elektrik.

Pengerusi Junior Chamber International Tawau, Pang Wan Ji berkata sumbangan itu adalah keprihatian pihaknya membantu anak-anak yatim yang dijaga oleh pertubuhan tersebut.

“Kami terpanggil untuk membantu rumah anak yatim yang baharu ditubuhkan itu supaya mereka dapat merasai kehidupan seperti orang lain.

“Anak-anak yatim yang di tempatkan di sini perlukan perhatian dan kasih sayang kerana mereka sudah kehilangan keluarga kandung.

“Justeru, perlunya semua masyarakat yang mempunyai kelebihan supaya turut membantu memberikan kegembiraan kepada mereka,” katanya.

Pengerusi Penganjur Esther Tan pula berkata, JCI Tawau bersyukur kerana dapat mengumpulkan dana untuk membantu pertubuhan tersebut walaupun berdepan cabaran penularan wabak COVID-19 ketika ini.

Katanya, penganjuran bersama JCI Petaling Jaya berjalan lancar dan berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM1,755.

“Melalui sumbangan yang diterima, kami membeli mesin basuh dan penyedut habuk untuk kegunaan di rumah anak yatim tersebut.

“Kami berharap, dengan adanya sumbangan itu dapat meringankan sedikit bebanan kewangan yang ditanggung dan memastikan kelancaran operasi mereka pada masa akan datang,” katanya.

Sementara itu, pengasas Pertubuhan Kebajikan Cahaya KASIH, Alan Chang menzahirkan ucapan terima kasih kepada JCI Tawau dan Petaling Jaya kerana prihatin dengan nasib anak yatim di sini.

Katanya, pusat ini menempatkan 15 kanak-kanak terdiri anak kehilangan ibubapa, keluarga berpecah belah dan mereka yang memerlukan.

“Kami akan membantu kanak-kanak di sini ke arah pembangunan kehidupan masa depan mereka dengan memberikan pendidikan asas dan kemahiran.

“Sesiapa yang berminat membantu operasi Pertubuhan Kebajikan Cahaya KASIH boleh menghubungi talian 016-6275107,” katanya.
oleh
Hamzah Sanudin

credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.109851 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list