CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 371|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dua kanak-kanak maut, motosikal langgar tiang elektrik

[Copy link]
Post time 14-3-2022 11:59 PM | Show all posts |Read mode
Dua kanak-kanak maut, motosikal langgar tiang elektrik
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 14 Mac 2022


Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah di bahagian kepala dan badan.


BUKIT MERTAJAM - Dua kanak-kanak maut selepas motosikal yang ditunggang mereka terbabas sebelum melanggar tiang elektrik dalam kejadian di Jalan Kepala Batas, Kubang Semang di sini pada petang Isnin.


Dalam kejadian jam 2.49 petang, penunggang dan pembonceng berusia 12 dan 11 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abdul Samad berkata, siasatan awal mendapati penunggang motosikal berkenaan terbabas sendiri sebelum melanggar tiang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB).


Menurutnya, akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa terpelanting ke dalam semak di bahagian kiri jalan raya dan tidak sedarkan diri.


"Pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian.


"Kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.


Shafee berkata, siasatan lanjut mengenai kejadian itu masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Ami Syuqri ditalian 013-4194072 atau 04-5382222.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ggar-tiang-elektrik
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.173756 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list