CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 340|Reply: 0

[Sarawak] Scammer Telegram

[Copy link]
Post time 14-3-2022 05:46 PM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Seorang wanita diperintahkan berkelakuan baik selama setahun dengan jaminan bon RM500 beserta seorang penjamin tempatan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan memiliki sejumlah wang RM1,500 secara tidak sah, Januari lalu.

Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menjatuhkan hukuman terhadap Dara, 57, selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapannya.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 37 (1) Ordinan Kesalahan Kecil Sarawak 1958 apabila didapati memilik sejumlah wang RM1,500 secara tidak sah.

Dia melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah beralamatkan Taman Sri Wangi, Petra Jaya, sekitar jam 2.51 petang, 28 Januari lepas.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penalti, penjara selama tiga bulan dan denda RM500.

Menurut fakta kes, semasa pengadu berada di rumah telah menerima satu mesej melalui telegram dari abang iparnya untuk meminjam wang berjumlah RM1,500.

Tanpa berfikir panjang, pengadu terus membuat pindahan wang secara dalam talian ke atas akaun bernama Dara.

Pengadu kemudian, menghantar gambar resit pembayaran kepada abang iparnya melalui aplikasi whatapps.

Namun demikian, abang iparnya menyatakan bahawa dia tidak menghantar mesej melalui telegram kepada pengadu untuk meminjam wang.

Abang ipar pengadu juga menyatakan dia menerima banyak mesej dari rakan-rakannya tentang pinjaman wang tersebut dan mempercayai bahawa akaun telegramnya telah digodam.

Pengadu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan serta siasatan lanjut.


Bertindak atas maklumat, satu tangkapan terhadap seorang wanita telah dibuat berkaitan kes terbabit.

Difahamkan, nombor akaun tertuduh telah digunakan oleh orang yang tidak dikenali.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Azmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.223738 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list