View: 930|Reply: 4
|
Kes Langgar Lari Dirakam Ketika Wartawan Bersiaran Langsung
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), ada seorang wartawan dari stesen TV KTLA Gene Kang yang sedang menyampaikan berita mengenai kes langgar lari yang melibatkan kematian itu terganggu apabila satu lagi kejadian yang sama berlaku di lokasi yang sama.
kredit foto: Youtube
Menurut Mekanika, kemalangan itu berlaku di persimpangan Hoover dan 84th streets di selatan Los Angeles. Di samping itu, Gene Kang melaporkan kemalangan membabitkan seorang lelaki berusia 42 tahun yang maut dalam kemalangan langgar lari itu.
Sebelum ini, polis telah menawarkan ganjaran sebanyak ASD50,000 (RM209,729) kepada mana-mana individu yang memberi maklumat tentang kejadian yang mengorbankan nyawa Jemmy Chavaria. Tetapi kemalangan yang dirakam itu tiada yang terkorban dan hanya kerosakan kepada kenderaan sahaja.
Berikutan itu, kru berita di tempat kejadian itu segera menghubungi talian kecemasan untuk melaporkan kemalangan yang berlaku di situ. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga kakpam selamat di el eh dan tak rindukan air tebu di bulan puasa.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|