CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 377|Reply: 2

[Sarawak] Tangani jenayah perdagangan

[Copy link]
Post time 14-3-2022 05:36 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021 pada sesi mesyuarat kali ini untuk memastikan jenayah perdagangan dapat dikurangkan, seterusnya menjamin keberadaan barangan keperluan asas di pasaran.

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberitahu, ia membabitkan pindaan satu seksyen sedia ada, serta tiga penambahan seksyen baharu ke dalam akta terbabit.

Pindaan Seksyen 10 katanya, bagi memperluaskan kuasa tangkapan kepada pegawai bekalan untuk menangkap tanpa waran ke atas orang yang dipercayai dengan munasabah telah melakukan atau cuba untuk melakukan kesalahan di bawah akta ini.

“Sementara pengenalan Seksyen 12A bertujuan memberikan pegawai bekalan kuasa untuk menjual barang kawalan yang disita, yang sifatnya mudah rosak atau mudah terbakar atau melibatkan penjagaan yang berkos tinggi.

“Bagi pengenalan Seksyen 12B pula, mengecualikan tuntutan terhadap kerajaan oleh mana-mana pihak berkenaan dengan barang-barang yang disita, melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.

“Manakala untuk Seksyen 25A, bertujuan akan memberikan peruntukan mengenai pensampelan dalam menjalankan pemeriksaan dan penganalisaan ke atas barang kawalan yang disita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Betong Datuk Robert Lawson Chuat di Dewan Rakyat, hari ini.

Jelasnya, penambahbaikan akta ini membolehkan siasatan dan pendakwaan kes membabitkan penyelewengan barang kawalan dapat dilakukan dengan efektif.

“Melalui perundangan dan tindakan penguatkuasaan yang sentiasa dikemas kini dan ditambah baik, kegiatan jenayah perdagangan ini dapat kurangkan.

“Seterusnya akan menjamin keberadaan barang keperluan asas di pasaran,” ujarnya menambah, Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] merupakan suatu akta untuk mengawal selia perdagangan barang-barang kawalan bagi memastikan keberadaan atau ia mudah didapati dan mencukupi untuk keperluan pasaran.

Justeru tambahnya, apabila sesuatu barang keperluan asas diisytiharkan sebagai barang kawalan, kementerian boleh mengawal selia rantaian pengedaran serta mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas jenayah membabitkan penyelewengan barang kawalan.


credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2022 01:43 AM | Show all posts
awat x naikkan denda/kompaun/saman??? x perlu ka??

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2022 06:46 AM | Show all posts
musangbodoh replied at 15-3-2022 01:43 AM
awat x naikkan denda/kompaun/saman??? x perlu ka??
takat nak bgtau ... mengurangkan dengan tambahan pindaan jer
kita backup semasa kita ... gtu lah rasa nya yang cuba d sampaikan ...

bagi memperluaskan kuasa tangkapan kepada pegawai bekalan untuk menangkap tanpa waran
memberikan pegawai bekalan kuasa untuk menjual barang kawalan yang disita,
mengecualikan tuntutan terhadap kerajaan oleh mana-mana pihak berkenaan dengan barang-barang yang disita





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.691030 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list