CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 475|Reply: 2

[Borneo] Kes MH17: Australia, Belanda mula tindakan undang-undang

[Copy link]
Post time 14-3-2022 05:12 PM | Show all posts |Read mode


Australia memaklumkan negara itu memulakan tindakan undang-undang bersama Belanda terhadap Russia berhubung nahas pesawat MH17 milik Malaysia Airlines yang ditembak jatuh lapan tahun lalu.

Tindakan itu akan difailkan menerusi Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa, mendakwa Russia bertanggungjawab di bawah undang-undang antarabangsa dalam nahas membabitkan pesawat berkenaan.

Tindakan menerusi agensi penerbangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu ada salah langkah ke hadapan, sebagai usaha memperjuangkan keadilan bagi 298 mangsa, termasuk 38 warga Australia.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan bersama Perdana Menteri Australia, Scott Morrison dan Menteri Luar Australia, Marise Payne, hari ini.

Tindakan bersama di bawah Artikel 84 Konvensyen Penerbangan Awam Antarabangsa itu berasingan dengan perbicaraan kes pembunuhan diterajui Belanda terhadap empat suspek dituduh menembak jatuh pesawat terbabit.

MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, di ruang udara timur Ukraine yang dikuasai puak pemberontak.

Menurut penyiasat dan pendakwa raya antarabangsa, pesawat itu ditembak peluru berpandu buatan Russia yang dilancarkan dari kawasan darat.

Moscow pula sentiasa menafikan pembabitannya dan mempromosikan pelbagai teori alternatif yang ditolak oleh penyiasat antarabangsa kerana tidak disokong dengan bukti.

Keputusan perbicaraan kes pembunuhan itu, membabitkan tiga warga Russia dan seorang warga Ukraine yang masih bebas, dijangka tamat akhir tahun ini, namun tiada seorang pun dalam kalangan defendan hadir di mahkamah Belanda.

Australia dan Belanda bergantung kepada bukti MH17 ditembak jatuh oleh sistem peluru berpandu darat ke udara Russia.

Ia disyaki diangkut dari Russia ke kawasan timur Ukraine yang dikawal puak pemisah disokong Russia dan diiringi kru tentera Russia, menurut kenyataan sama. - REUTERS



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2022 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
entah bila nak dapat keadilan untuk mh17.. bukan sikit² bilangan kematian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-3-2022 06:47 AM | Show all posts
LoveSungmin replied at 14-3-2022 11:59 PM
entah bila nak dapat keadilan untuk mh17.. bukan sikit² bilangan kematian
tak terasa 8 tahun dah berlalu kan ...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:19 PM GMT+8 , Processed in 0.075790 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list