CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 308|Reply: 0

[Borneo] Gaji minimum RM1,500 akan diumumkan dalam tempoh terdekat

[Copy link]
Post time 14-3-2022 05:10 PM | Show all posts |Read mode
Pelaksanaan gaji minimum baharu yang dicadangkan sebanyak RM1,500 tidak akan dilaksanakan pada penghujung tahun ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata sebaliknya perkara itu akan diumumkan dalam terdekat memandangkan situasi ekonomi negara ketika ini bertambah baik.

Katanya, kebanyakan perniagaan juga dilihat berkembang serta menunjukkan trend pemulihan.

"Kerajaan mengambil maklum permintaan beberapa pihak untuk menyegerakan pelaksanaan gaji minimum baharu kepada kadar lebih tinggi berikutan keadaan ekonomi semasa dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

"Namun, kadar gaji minimum yang baharu hanya akan dilaksanakan dengan melihat keperluan sebenar rakyat dan kemampuan majikan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan M Kulasegaran (PH-Ipoh Barat) mengenai cadangan kerajaan melaksanakan kadar gaji minimum sekitar RM1,500.

Menjawab soalan tambahan Kulasegaran kenapa kerajaan masih belum melaksanakan penetapan gaji minimum terbabit memandangkan kos sara hidup semakin meningkat dan ramai pekerja menghadapi masalah, Saravanan berkata kerajaan secara dasar bersetuju menaikkan kadar gaji sebanyak RM1,500.

"Sebagai kerajaan yang rasional, kita perlu mengkaji pelbagai aspek...kita masih ada tanggungjawab dan mengkaji secara mendalam.

"Malah Jemaah Menteri dipengerusikan Perdana Menteri dalam tiga minggu berturut-turut, kita berbincang mengenai gaji minimum dan mengambil kira pelbagai aspek," katanya.

Saravanan berkata, beliau sedar kenaikan gaji perlu dilaksanakan setiap tahun namun situasi kini berbeza yang mana keadaan amat di luar kebiasaan.

Jelasnya, jika kerajaan gagal melaksanakan kajian terperinci, ia akan memberi kesan kepada sektor tidak formal hingga memaksa majikan mengambil langkah drastik memberhentikan pekerja mereka.

"Kita sedang mengkaji, maka saya beri jaminan kepada Yang Berhormat dalam masa terdekat, kerajaan akan umumkan gaji minimum bukan atas dasar desakan mana-mana pihak tetapi atas dasar usaha kerajaan sendiri," katanya.

Dalam pada itu, Saravanan turut mengumumkan kadar pengangguran negara berjaya diturunkan dari 5.3 peratus kepada 4.2 peratus dan kerajaan sedang berusaha untuk menurunkan lagi kadar terbabit.

Menjawab soalan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) mengenai peningkatan kadar gaji minimum kepada RM1,600 sebulan, beliau berkata, peningkatan kadar itu wajar dilaksanakan secara berperingkat.

"Ini bagi menjamin kelangsungan operasi syarikat dan memastikan pekerjaan pekerja dapat dikekalkan.

"Peningkatan kadar gaji minimum yang terlalu tinggi dan drastik boleh menjejaskan daya saing negara menyebabkan pasaran buruh negara akan berdepan cabaran untuk mencipta pekerjaan baharu yang berkualiti dan berkemahiran tinggi," katanya.

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.074669 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list