CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 754|Reply: 4

[Sarawak] Sarang Burung Walit

[Copy link]
Post time 14-3-2022 02:38 PM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Industri sarang Burung Walit merupakan satu kegiatan ekonomi yang boleh menjana pendapatan sekaligus boleh menambah pendapatan penduduk.

Pengerusi Persatuan Dayak Tatau (PERDATA) Eju Giri berkata, industri sarang burung ini semakin mendapat tempat di kalangan penduduk setempat khususnya kawasan luar bandar yang semenangnya mempunyai kawasan yang sesuai.

“Sarang Burung Walit ini merupakan sumber kekayaan baharu di negara ini khususnya penduduk di luar bandar.

“Ianya bukan sahaja menjana pendapatan kepada penduduk setempat malah boleh memberi pendapatan tambahan kepada penduduk yang mengusahakannya secara sambilan,” katanya semasa berucap merasmikan Kursus Pengenalan Industri Burung Walit Bahagian Bintulu baru-baru ini.

Seramai 60 ahli-ahli PERDATA telah mengambil bahagian dalam kursus ini.

Dalam pada itu, beliau juga berharap Kerajaan Sarawak dapat menyediakan bantuan kepada pengusaha yang berkecimpung dalam industri sarang burung ini contohnya peruntukan Agriculture Facilitation Fund (AFF).

Dalam kursus itu, peserta telah diberikan taklimat berkenaan Sarang Burung Walit oleh Penolong Pegawai Veterinar Kanan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Henry Banyan antaranya Pengenalan Industri Burung Sarawak, pemilihan tapak pembinaan dan pengurusan Burung Walit, penuaian, pembersihan, jualan dan pemasaran sarang Burung Walit dan pendaftaran dan persijilan Rumah Burung Walit


credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2022 02:43 PM | Show all posts
Kursus Industri Sarang Burung Walit Dr Wan Damak (PhD)- Miri, Sarawak

Tarikh:  26 March 2022 (Sabtu)
Tempat:   Hotel Telang Usan, Miri Sarawak
Masa: 9.00 pagi- 3.30 petang
Yuran RM 250.00 per pax
Pakej – Bertiga RM 600.00
Tarikh Tutup Penyertaan: 24 March 2022   
Bayaran boleh di buat secara online ke acc CIMB ( 860 2887 881) atas Nama Wan Damak Empire
Sila hantar resit ke no  019- 646 8919 / 017- 978 4268

Walk in datang pada hari kursus (RM 300.00)–(Bergantung pada kekosongan)               

Modul - Kursus asas Industri Sarang Burung Walit berimpak Tinggi dan Rumah Burung Walit ( RBW)
1. Pemilihan Lokasi
2. Ilmu Struktur Asas RBW
3. Sistem Bunyi RBW
4. Pengurusan RBW
5.    Pembentukan Mikro Habitat RBW

Percuma:   4 suara Inap / 6 suara Panggil
“Sarapan Pagi dan Makan Tengah hari disediakan”

Hubungi
Dr Wan : 60 17-978 4268

“Rumah Walit Jana Duit”
Walit Legasi Keluarga Berjaya.
Anjuran Wan Damak Empire (KT0408314-M)

Profile Dr Wan
Nama Penuh: Wan Khairy Wan Ibrahim ( PhD)
Nick Name: Dr Wan Damak
Fb: Wan Damak Swiftlets
Pendidikan:  B.A  ( hons), M.A ( USM),  PhD ( UMK)
Tajuk Research PhD : Kelestarian Usahawan Sarang Burung Walit Melayu Berjaya Di Kelantan.
(Kepakaran: Pengurusan Rumah Burung walit, Audio System)
Penceramah Jemputan JPV bahagian Aneka Haiwan ( Walet) 2014- 2019
Boleh Lawati: Dr Wan Damak Swiftlets Farm

Penulis Buku
1) Panduan Rinci Perladangan  Burung Walit
2) Pengurusan Rumah Burung Walit:  Pengalaman Usahawan Berjaya.
3) Mempunyai Rumah Burung Walit sejak tahun 2008
4) Berpengalaman praktikal dalam kerja-kerja pendawaian Audio Sistem Rumah Burung Walit.
5) Berpengalaman menganjurkan kursus-kursus Industri walit sejak tahun 2010.
6)  Memenangi beberapa anugerah ITEX ( Gold) 2018, 2019, Anugerah  Khas EREKA 2020 dan Emas , dalam bidang reka bentuk Rumah Burung dan Modul Pengurusan Rumah Burung Walet

Dr Wan Damak ialah pengusaha, penyelidik, penulis buku dan penceramah Industri Sarang Burung Walit  terkemuka mengadakan kursus-kursus Sarang Burung Walit Di Seluruh Malaysia

credit






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 03:18 PM | Show all posts
dulu eksport ke cina. skrg dorang x amik dh....so nk juai kt sapa...dulu harga mahallah sbb demand mmg tggi....hmmmm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2022 04:46 PM | Show all posts
musangbodoh replied at 14-3-2022 03:18 PM
dulu eksport ke cina. skrg dorang x amik dh....so nk juai kt sapa...dulu harga mahallah sbb demand m ...
kalau ikut berita ni ... 2021 ... China masih menjadi pembeli terbesar kita ...
credit

Industri sarang burung walet penyumbang besar ekonomi negara

Pada  2019, jumlah eksport industri sarang burung walet adalah sebanyak 5,654 tan metrik dengan nilai RM1.154 bilion manakala pada tahun lalu, jumlah eksport adalah sebanyak 3,640 tan metrik dan bernilai RM1.385 billion.

Industri sarang burung walet merupakan sektor berasaskan ternakan adalah antara penyumbang besar ekonomi negara apabila nilai eksport mencecah 962 tan metrik dengan jumlah RM714 juta sehingga April lalu.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, perkara itu menunjukkan eksport komoditi itu terus kekal kukuh walaupun ketika saat negara masih mengharungi penularan pandemik Covid-19.

“Pada 2019, jumlah eksport industri ini adalah sebanyak 5,654 tan metrik dengan nilai RM1.154 bilion manakala pada tahun lalu, jumlah eksport adalah sebanyak 3,640 tan metrik dan bernilai RM1.385 billion.

“Oleh demikian pihak kementerian sentiasa menggalakkan pengeksportan produk-produk sarang burung walet ke Iuar negara bagi meningkatkan nilai eksport produk dan daya saing industri ini secara keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kiandee melakukan tinjauan operasi di loji pemprosesan sarang burung walet PT Swift Marketing Sdn. Bhd. dekat sini bagi memastikan operasi yang terlibat dalam pasaran eksport tidak terganggu dan berterusan sepanjang masa.

Dalam pada itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar memaklumkan sektor pertanian, penternakan, perikanan serta industri makanan terus dibenarkan beroperasi selaras dengan SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan fasa dua, tiga dan empat Pelan Pemulihan Negara.

Ia sejajar hasrat Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk memastikan operasi sektor tersebut tidak mengalami sebarang gangguan bagi menjamin kelangsungan rantaian ekonomi negara.

“Sehingga semalam, pihak kementerian melalui jabatan dan agensi di bawahnya telah mengeluarkan sebanyak 105,869 surat kebenaran yang terlibat di dalam sektor pertanian tidak formal termasuk aktiviti rantaian pembekalan dan pemasaran berkaitan keperluan makanan,” katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2022 04:48 PM | Show all posts
Eksport sarang burung walet ke China kekal kukuh

Eksport bekalan sarang burung walet mentah ke China kekal kukuh walaupun negara masih dilanda pandemik Covid-19.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, nilai eksport komoditi tersebut mencecah 962 tan metrik membabitkan nilai RM714 juta setakat April tahun ini.

Menurutnya, jumlah eksport komoditi tersebut pada tahun 2019 ialah sebanyak 5,654 tan metrik bernilai RM1.154 bilion dan dilihat sebagai antara industri berasaskan ternakan yang menjadi penyumbang besar kepada ekonomi negara.

“Sehingga tahun ini, sebanyak 41 loji diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negara China iaitu 38 loji sarang burung walet bersih (EBN-RC) dan tiga buah loji sarang burung walet belum bersih (EBN-RUC).

“Bagi memenuhi protokol eksport sarang burung walet ke negara China, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) mengakreditasi dan memberi pentauliahan pensijilan Veterinary Health Mark (VHM) kepada 30 loji pemprosesan dan bagi persijilan Good Veterinary Hygiene Practice (GVHP) sebanyak 44 loji pemprosesan.

“Sebanyak 2,905 buah rumah burung walet berjaya mempunyai persijilan MyGAP,” katanya ketika meninjau operasi di loji pemprosesan sarang burung walet yang diberi kelulusan untuk mengeksport komoditi tersebut ke negara China, di sini pada Khamis.

Turut hadir, Timbalan Menteri I MAFI, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Ketua Pengarah DVS, Datuk Dr Norlizan Mohd Noor.

Dalam pada itu, Ronald berkata, MAFI melalui DVS juga berjaya mewujudkan satu Program Sistem Pendaftaran Premis Walet METS bagi mengukuhkan sistem daya jejak untuk mencapai piawaian global dan menjadi salah satu syarat pengeksportan sarang burung walet Malaysia ke negara China.

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.079004 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list