CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 326|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang catat eksport tertinggi barangan elektrik

[Copy link]
Post time 14-3-2022 02:09 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Uzir

SHAH ALAM - Pulau Pinang mencatatkan eksport tertinggi bagi barangan elektrik dan elektronik bernilai RM26.2 bilion iaitu sebanyak 58.5 peratus di peringkat negeri.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, statistik Eksport Import Mengikut Negeri Januari 2022 diikuti Selangor iaitu sebanyak RM6.0 bilion (13.3 peratus) dan Johor iaitu RM4.8 bilion (10.7 peratus).

Menurut beliau, antara lima negeri pengeksport utama, Pulau Pinang kekal sebagai yang pertama dengan sumbangan sebanyak 31.3 peratus, diikuti oleh Selangor (19.0), Johor (18.3), Sarawak (7.8) dan Kedah (4.1).

“Sementara itu, bagi import, Selangor kekal sebagai penyumbang utama dengan 27.3 peratus, diikuti oleh Pulau Pinang iaitu 24.4 peratus manakala Johor sebanyak 18.9 peratus, Kuala Lumpur (7.0 peratus) dan Kedah (6.6 peratus),” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Mohd Uzir memberitahu, jumlah dagangan Malaysia pada Januari tahun ini bernilai RM203.0 bilion iaitu mencatat peningkatan 24.8 peratus tahun ke tahun dengan nilai eksport RM110.7 bilion.

Tambahnya, ia turut merekodkan nilai import sebanyak RM92.3 bilion iaitu peningkatan 26.4 peratus tahun ke tahun.

“Eksport pada Januari 2022 meningkat sebanyak RM21.1 bilion (+23.5) berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya," katanya.

Mohd Uzir turut memaklumkan, eksport lebih tinggi direkodkan bagi kebanyakan negeri iaitu Pulau Pinang (+RM5.0 bilion), Johor (+RM4.0 bilion), Sarawak (+RM3.7 bilion), Selangor (+RM3.6 bilion), Kedah (+RM1.8 bilion) dan Sabah (+RM1.4 bilion).

Pahang pula mencatatkan pertambahan RM732.3 juta, Labuan (+RM713.8 juta), Terengganu (+RM511.0 juta), Kuala Lumpur (+RM278.9 juta), Kelantan (+RM66.2 juta) dan Perlis (+RM33.1 juta).

“Bagaimanapun, eksport menyusut di Perak (-RM610.2 juta), Melaka (-RM197.9 juta) dan Negeri Sembilan (-RM68.9 juta),” ujarnya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... i-barangan-elektrik
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.055109 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list