CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1460|Reply: 10

Mayat Dipindah Semula Ke Pusat Forensik, Upacara Pembakaran Tangmo Ditunda

[Copy link]
Post time 14-3-2022 12:26 PM | Show all posts |Read mode
Upacara pembakaran mayat aktres Tangmo Nida ditunda secara rasmi.


Penundaan itu disebabkan ibunya, Panida mendesak forensik memindahkan mayat Tangmo ke Institut Pusat Ilmu Forensik Kementerian Kehakiman.




Kredit foto: Bangkok Post




Perkara itu dimaklumkan peguam keluarga Tangmo, Kritsana Sriboonpimsuay pada Sabtu, lapor Bangkok Post.


"Saya telah menyerahkan dokumen kepada penyelidik di Ibu Pejabat Polis Daerah 1, meminta mereka untuk membekukan tubuh sebelum memindahkan mayat ke Institut Pusat Ilmu Forensik.


“Keluarga Tangmo yakin terdapat luka pada tubuh Tangmo dan ingin mengetahui punca kematian,” katanya.


Sebelum itu, upacara memberi penghormatan terakhir buat aktres itu diadakan di Gereja Liberty Bangkok pada Jumaat hingga Ahad.


Justeru, Kritsana berkata, permintaan untuk bedah siasat kedua itu secara tidak langsung upacara pembakaran yang sepatutnya berlangsung Isnin ditunda sehingga selesai.


Polis masih meneruskan siasatan dan memeriksa bukti baharu yang mungkin bertentangan dengan laporan awal mereka bahawa kematian adalah kemalangan.


Bedah siasat semula mayat Tangmo diutarakan oleh aktor dan petugas penyelamat bernama Ekkapun.


Ekkapun merupakan orang pertama yang melihat mayat Tangmo sejurus dikeluarkan dari sungai.


Menurutnya, wajah aktres itu seperti terkena pukulan benda keras, ada luka di mata kanan dan beberapa gigi patah.




Upacara memberi penghormatan terakhir kepada Tangmo Nida.




Untuk rekod mayat Tangmo ditemui selepas tiga hari terjatuh dari sebuah bot di Sungai Chao Phraya.


Pelbagai spekulasi timbul berkaitan punca kematian namun sebelum ini pihak polis telahpun menjelaskan Tangmo meninggal dunia akibat lepas kerana terdapat kesan lumpur pada paru-paru.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2022 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
christian pon bakar ke
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Pulakkk.. mcm mana la mayat dia now
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 01:44 PM | Show all posts
pening dgn kronologi kes ni, ari tu aku baca mak nya yang tak bagi bedah siasat second time, la ni dia yang mintak, eh apa ni

tapi sukur juga la dibuat bedah siasat skali lagi
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 02:17 PM | Show all posts
Edited by ayukpingu at 14-3-2022 02:20 PM

ada....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 02:21 PM | Show all posts
ramai yg nak kan keadilan utk kematian mendiang..sampaikan dorg dah nak start boikot thailand for holiday katanya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2022 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Takda pun keranda kat stage tu? Ke kat mana?
Lepastu tak busuk ke 3 hari buat upacara tu since mayat dia pun dah rosak
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 14-3-2022 02:22 PM
Takda pun keranda kat stage tu? Ke kat mana?
Lepastu tak busuk ke 3 hari buat upacara tu since maya ...

ado.la.isi kimia2 eh sister Naina...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2022 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 14-3-2022 02:22 PM
Takda pun keranda kat stage tu? Ke kat mana?
Lepastu tak busuk ke 3 hari buat upacara tu since maya ...

Cucuk ubat.. atau dlm tu keranda kosong. Mayat kt rumah mayat. Mcm Prince Phillip. Showcase saja .. eksen2 upcara tu satu dunia kena kencing.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 07:53 PM | Show all posts
myakayina: ramai yg nak kan keadilan utk kematian mendiang..sampaikan dorg dah nak start boikot thailand for holiday katanya..


Overnya..tp bagus la senang sikit iols nk cikcur kt Siam nti tk ramai.org
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu ketika dulu, rakan chinese satu tempat kerje pernah cerita keranda mereka ada yg dh siap ada aircond.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.070561 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list