CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 490|Reply: 0

Dapat RM1,900 Jika Tumpangkan Rumah Kepada Pelarian Ukraine

[Copy link]
Post time 14-3-2022 12:19 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan Britain akan memberi bayaran kepada mana-mana rakyat yang membenarkan kediaman mereka dihuni pelarian dari Ukraine.


Skim baharu digelar sebagai ‘Rumah untuk Ukraine’ itu akan membenarkan pelarian perang masuk ke Britain dan menetap bersama penduduk setempat, biarpun mereka tidak mempunyai pertalian keluarga.


Kerajaan akan membayar sebanyak 350 pound (RM1,914) setiap bulan kepada mana-mana rakyat negara ini yang sudi menumpangkan rumah mereka kepada pelarian dalam tempoh minimum selama enam bulan.




Kredit foto: Business Insider




Di bawah skim baharu tersebut, orang awam, badan amal, perniagaan dan kumpulan komuniti boleh menawarkan kemudahan kepada pelarian Ukraine menerusi laman web khas pada penghujung minggu depan.


“United Kingdom (UK) sentiasa berdiri bersama Ukraine dalam menghadapi saat sukat ini dan rakyat Britain juga memahami keperluan penduduk Ukraine.


“Kami akan menghulurkan bantuan semampu yang boleh,” kata Menteri Perumahan, Michael Gove dipetik dari Reuters.


Mana-mana pihak yang berminat untuk tawarkan bilik atau rumah mereka untuk dihuni pelarian Ukraine perlulah bebas rekod jenayah dan premis menepati standard dibenarkan.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.255622 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list